November 18th, 2016

Tersingkirnya Shidi Data di konsert kelima Gegar Vaganza 2016 menyaksikan hanya tinggal 8 lagi peserta yang akan meneruskan pertarungan di Gegar Vaganza 2016. Untuk minggu keenam Ahad ini, Siti Sarah, Azharina, Ameng, G-Mie, Zarul Intan Sarafina, Nora dan Zur Eda akan menyanyikan lagu-lagu pilihan produksi dengan tema Rock & Dangdut.
shidi

Berdasarkan prestasi semasa, Abang Nara jangkakan Ameng Spring akan tersingkir minggu ini. Sudah 2 minggu berturut-turut Ameng terlupa lirik. Kalau minggu ini Ameng lupa lirik lagi, memang tak boleh dimaafkan. Seperti biasa, dengan kerjasama Astro, kali ini BeautifulNara akan memberikan 3 pasang tiket setiap minggu kepada pembaca bertuah BeautifulNara untuk menyaksikan konsert Gegar Vaganza 2016 secara langsung. Anda kena pergi ambil sendiri tiket di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam selewat-lewatnya jam 8.30 malam setiap Ahad. Untuk memenangi tiket-tiket ini, anda kenalah lengkapkan slogan di bawah dengan butiran-butiran peribadi. Jangan lupa bawa kad pengenalan ketika nak ambil tiket nanti.

Sekiranya anda dipilih sebagai pemenang, sila hadirkan diri ke Dewan MBSA Shah Alam selewat-lewatnya jam 8.30 malam. Pemenang akan diberitahu menerusi SMS. Selamat mencuba!!!


Comments are closed.

Loading...