“Menang Tetap Menang, Tak Kira Macam Mana Sekali Pun” – TMJ

Trending

“Menang Tetap Menang, Tak Kira Macam Mana Sekali Pun” – TMJ

tmjj

“Tidak kira bagaimana anda menang. Menang tetap menang,” titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail.

Baginda mengulas kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Selangor untuk memenangi Piala Sumbangsih 2026 menerusi penentuan penalti.

Advertisement

“Apa yang penting adalah kami mulakan kempen dengan sebuah piala dalam kabinet trofi. Ia adalah trofi ke-5 kami sejak 2013.

“Saya amat gembira untuk kelab dan penyokong. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemain, pengurusan pasukan dan semua orang yang terlibat dalam kelab kami,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) meminta penyokong JDT bergembira dengan kemenangan itu.

Media propembangkang semalam mempersoalkan kegagalan pemain pertahanan Selangor, Mohd. Azrif Nasrulhaq menjaringkan sepakan penalti sebagai punca Selangor terpaksa berputih mata.

“Keputusan seri 1-1 berlarutan ke saingan penalti demi menentukan pemenang Piala Sumbangsih 2016. Kemudian kemenangan pun memihak kepada pasukan tuan rumah dengan jaringan 6-5.

“Pemain yang bertanggungjawab memberikan kemenangan pula tidak lain adalah Mohd. Azrif yang pernah mencetuskan ‘ketegangan’ antara Selangor dan JDT suatu ketika dulu,” lapor media terbabit.

Mohd. Azrif sebelum Liga Malaysia 2016 bermula meminta Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melepaskan beliau untuk menyertai JDT kerana menerima tawaran lumayan daripada pasukan itu.

Permintaan itu ditolak oleh FAS memandangkan beliau telah pun menandatangi kontrak dengan pasukan Selangor dan didaftarkan untuk saingan musim ini.

Situasi itu menimbulkan suasana sedikit tegang diantara FAS dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ). Kemelut itu berakhir apabila PBNJ mengambil keputusan menarik balik kontrak yang ditawarkan kepada Mohd. Azrif.

Sumber : Mynewshub

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...