Gegar Vagazan 2017 sudah pun melabuhkan tirainya Ahad lalu tetapi ada dikalangan peminat rancangan tersebut tidak berpuas hati apabila artis kegemara mereka, Hazami hanya mendapat tempat keempat dalam pertandingan tersebut sedangkan penyanyi itu boleh dikatakan memberikan persembahan agak konsisten setiap minggu.
Malah, ada juga yang mempertikaikan kedudukan Lan Solo dan mengatakan ia sepatutnya menjadi milik Hazami.
Tak perlu marah, bertenang dan bersabar semua. Tuhan dah tulis bukan rezeki saya untuk berada dalam tiga teratas. Saya hormati pandangan peminat. Itu hak mereka untuk bercakap. Tapi kita perlu terima keputusan juri dan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.
Keputusan sudah pun dibuat dan kita tidak boleh mengubah apa-apa. Mungkin tiada rezeki Hazami untuk menjuarai ataupun mendapat tempat ketiga seperti yang peminat harapkan, tetapi siapa tahu selepas ini Hazami akan dilimpahi dengan rezeki lain pula diluar? Lebih baik untuk mendoakan yang terbaik buat Hazami.