Menang No 3 Debat Ekonomi Peringkat Dunia, UiTM Cipta Sejarah Sebaris Universiti Harvard & Paris Bar School

Trending

Menang No 3 Debat Ekonomi Peringkat Dunia, UiTM Cipta Sejarah Sebaris Universiti Harvard & Paris Bar School

Empat orang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) jurusan undang-undang telah mewakili rantau ini pada pusingan akhir dunia baru-baru ini Pertandingan Debat pelaburan langsung asing (FDI) Timbangtara Antarabangsa dan berjaya mangharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Advertisement

Dalam acara yang diadakan di Buenos Aires, Argentina, menyaksikan pasukan daripada UiTM itu meraih tempat ketiga, di belakang Universiti Harvard untuk tempat kedua dan Paris Bar School untuk tempat pertama.

Ini sekali gus membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu memberi saingan di peringkat tertinggi dan berjaya, mereka ialah Amiza Murad(ketua pasukan), Fathan Alfian, Izzudin Zahidi dan Iffah Yahya.

Menjadi satu-satunya pasukan dari asia layak ke semi final daripada beratus pasukan seluruh dunia yang bertanding (dari regional round), turut mara ke peringkat dunia bersama lebih 60 pasukan dari pelbagai university hebat termasuk Kings Kolej & New York University.

Berada pada kedudukan Top 4, mengalahkan Brazil tetapi kalah kepada Paris Bar School yang kemudiannya mengalahkan Harvard University seterusnya meletakkan Malaysia di tangga ke 3 dunia bagi saya adalah suatu kejayaan yang amat membanggakan buat negara walaupun kita tidak bergelar juara…

{ Keputusan Rasmi }
FDI Moot Oral Finals 2016
(world round) Buenos Aires, Argentina

1) Paris Bar School, France
2) Harvard Law School, Harvard University USA
3) Faculty of Law, UiTM Malaysia

Terima kasih semua atas doa yg tidak putus-putus buat pasukan UiTM

Tahniah kepada keempat-empat mereka ini dan juga pensyarah yang terlibat.

Sumber :  Encik Izuan Izzaidi Azmi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...