Menang Mitsubishi Lancer Tidak Sampai 24 Jam, Lelaki Terlibat Kemalangan Ngeri

Automotif

Menang Mitsubishi Lancer Tidak Sampai 24 Jam, Lelaki Terlibat Kemalangan Ngeri

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Seorang lelaki dari UK telah memenangi cabutan bertuah dengan membawa pulang sebuah kereta Mitsubishi Lancer Evo IX FQ 320 – 2.0 Mivec Turbo dengan kos penyertaan semurah RM11.26

Advertisement

Lelaki yang dikenali sebagai Adam Gritffiths telah menempuh perjalanan sejauh 144km untuk mengambil kunci kereta berkenaan daripada penganjur cabutan bertuah iaitu, Dream Car Giveaways.

Namun begitu, nasib tidak menyebelahinya apabila kereta yang dibawa pulang tidak sampai 24 jam itu terlibat dalam satu kemalangan yang mengakibatkan bahagian hadapan dan belakang kereta rosak teruk.

kemalangan kereta Mitsubishi Lancer

Polis South Wales telah memuat naik satu ciapan mengenai kemalangan tersebut sebelum bertindak membuangnya dan juga pihak penganjur cabutan bertuah turut mengesahkan kemalangan itu di laman Facebook.

“Ini salah saya, saya cedera dalam kemalangan ini dan saya harus menghadapi akibatnya”.

Susulan itu, dia dihujani dengan pelbagai komen dari warga maya di media sosial sehingga dia terpaksa menutup akaun Facebook miliknya.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...