Usahawan tudung Bawal Exclusive iaitu Haliza Maysuri bersama Bawal Sdn Bhd difahamkan telah memfailkan saman pada tahun 2018 kepada seorang bekas pengedar Bawal Exclusive Sdn Bhd susulan hantaran yang dibuat didakwa memperlekehkan usaha pemasaran produk mereka.
Haliza Maysuri menang kes saman fitnah
Difahamkan Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan telah mengarahkan bekas pengedar bernama Rosmaliza Mansor membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 kepada syarikat itu serta dua lagi individu atas dakwaan fitnah dan kenyataan yang berniat jahat di media sosial.
Kata Haliza, tindakan saman itu dilakukan bagi memberi pengajaran buat si pelaku serta pihak lain untuk tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah.
View this post on Instagram
BE dibina dengan jerit payah kami dan peluh kami. Saya nak beri amaran jangan main-main dengan jenama saya. BE tidak sama dengan jenama lain.
Keluarkan tudung bawal RM70k
Dalam pada itu, Haliza berkata Malaysia sepatutnya berbangga dengan jenama tersebut kerana mampu menjalinkan hubungan dengan negara luar.
Susulan kemenang berpihak kepadanya, Haliza menghasilkan sehelai tudung jenama Bawal Exclusive yang berharga RM70,000.
Disebabkan kami menang saman semalam saya arahkan kilang buat tudung bernilai RM70,000 yang saya pakai hari ini. Saya bukan nak menipu tapi ini semata-mata untuk julang nama BE semula. Maruah saya tak boleh dibayar dengan wang ringgit.