Menang Kereta Hanya Dengan Beli Santan? Peraduan Kara Memang Mantap!

Hiburan

Menang Kereta Hanya Dengan Beli Santan? Peraduan Kara Memang Mantap!

Berlangsung dari 19 Februari sehingga 15 Mei 2025, Kara mengumumkan pemenang untuk peraduan Legasi Kara, Sempurnakan Raya.

Ummi Habibah binti Ibarhim diumumkan sebagai pemenang hadiah utama dan membawa pulang sebuah Perodua Alza.

Advertisement

Turut diraikan adalah pemenang pertama Ahmad Firdaus Bin Saidin, Goh Jian Rong dan Zamzarina Bin Mohd Badawi yang masing-masing memenangi 25g jongkong emas.

Hadiah keseluruhan bernilai RM350,000

Peraduan ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM350,000 untuk pelanggan setia Kara seluruh Malaysia.

Selain hadiah utama dan pertama, 10 pemenang kedua menerima baucar membeli-belah RM2,500 manakala 1,000 pemenang mingguan menerima beg tote edisi terhad Christy Ng x Kara serta kredit Touch ‘n Go.

Penghargaan untuk keluarga di Malaysia

“Legasi Kara, Sempurnakan Raya bukan sekadar kempen perayaan, ia adalah penghargaan mendalam terhadap perjalanan 25 tahun Kara bersama pelbagai generasi di Malaysia,” kata Jessi Choong, Ketua Pemasaran Kara.

santan kara contest winner

Daripada pencapaian dalam Malaysia Book of Records bagi pengagihan bubur lambuk terbanyak ke rumah kebajikan dalam satu hari, sehinggalah pelancaran tiga rekaan pembungkusan eksklusif bertemakan batik yang melambangkan masa lalu, masa kini dan masa depan, kempen ini bijak menggabungkan tradisi dengan penceritaan moden.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...