Menang Kategori Artis Baharu Lelaki Popular Di ABPBH33, Netizen Akui Tak Kenal Siapa Chubb-E

Hiburan

Menang Kategori Artis Baharu Lelaki Popular Di ABPBH33, Netizen Akui Tak Kenal Siapa Chubb-E

Biarpun tidak menyangka bahawa rezeki akan menyebelahinya, penyanyi Chubb-E seakan mencipta kejutan apabila namanya diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, semalam.

Advertisement

Bagaimanapun, kemenangan itu ternyata menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen kerana rata-rata seolah tertanya-tanya siapakah Chubb-E ini kerana namanya agak kurang dikenali ramai.

Lebih perit, memetik laporan Rotikaya, ada juga yang mendakwa bahawa mereka tidak pernah melihat kelibat penyanyi ini di kaca televisyen.

Namun kemenangan itu kedengaran agak rasional juga apabila wujud juga segelintir pihak yang tampil memaklumkan bahawa penyanyi ini telah mencipta nama sejak dari program realiti kanak-kanak Ceria PopStar dan MegaStar.

Biarpun hampir lapan tahun berkecimpung dalam dunia seni, Chubb-E yang mempunyai single bertajuk Aku Tak Kisah itu khabarnya mula dikenali peminatnya selepas menyertai program realiti Dansa Dan Sing.

Menurut laporan BH Online, beliau yang tidak sangka akan merangkul gelaran itu tidak ketinggalan mendedikasikan kemenangan tersebut buat ibu bapanya sempena hari lahir mereka yang jatuh pada bulan yang sama.

“Saya tak jangka dan tergamam berganding dengan artis berpengalaman. Terima kasih kepada peminat. Ada usaha berkempen dengan peminat. Tetapi, saya tak sangka ia menyebelahi saya. Hadiah untuk mak ayah sebab hari lahir mereka jatuh bulan ini,”

Untuk rekod, Chubb-E berjaya menewaskan beberapa pesaing hebat dalam kategori tersebut antaranya Zynakal dan Yonnyboii.

Sumber: BH Online, Rotikaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...