Written by Bella | April 22nd, 2019

Nampaknya, pasangan sensasi, Fattah Amin dan Fazura masih lagi hangat dan disukai ramai apabila mereka berjaya mengungguli anugerah Couple MeleTOP pada malam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) yang berlangsung semalam.

Bagaimanapun, ketidakhadiran pasangan ini pada malam AME 2019 dipersoalkan oleh netizen sehingga timbul pelbagai spekulasi termasuklah mengaitkan kembali isu tidak mahu bertemu dengan hos program tersebut Neelofa.

Rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa bengang dan menganggap  pasangan tersebut seakan tidak menghargai segala sokongan peminat yang selama ini bertungkus-lumus mengundi mereka. Apa salahnya untuk bersikap profesional dan hadir di AME 2019 sebagai tanda penghargaan buat peminat atas kemenangan yang diraih?

Pelbagai juga kritikan yang dilemparkan kepada Fattah dan Fazura, namun kita fikir positif sahaja. Mungkin mereka sibuk dengan kerja? Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada mereka.

93 responses to Menang Couple MeleTOP Tetapi Tidak Hadir AME 2019, FattZura Dianggap Tidak Hargai Peminat

  1. Anonymous says:

    apesal pasangan ni nmpk dh berumur..fattah pun nmpk dh tua..padehal x smpai 30 lg..

  2. Mis says:

    Dah tau fattzura mmg tak nak dtg buat apa list nama dorg…nampak sangat yg org tu rindu kat suami org…ahakz

  3. Anonymous says:

    Doa yg baik2 inda lama lagi ramadhan ni..

  4. Bb says:

    Dlu minat la jgk fazura ni.. But now asik nk tnjuk sweet sgt gn si fattah tu.. Trs jd xminat. Iklas dr hatiku.

  5. Pinang Tua says:

    Sah2 lah mereka dua ni x professional. Masih malu lg kot nk tunjuk muka sb kes ajak laki dia naik pentas aritu, kalau malu lah kan..haha

  6. Pinang Tua says:

    Masih malu kot kes bawak laki naik pentas tak sah aritu..haha tak professional tul couple ni

  7. Harga says:

    thanks untuk info berguna ini.. kepada yang nak senang ingin tahu harga terbaru elektronik seperti mesin cuci, jam tangan, kulkas atau alat rumeh tangga ini boleh juga visit https://hargaku.id

  8. Anonymous says:

    Anugerah sampah… Apa saja yang berkaitan “MELETOP” ne memang forte Lofa (and apparently, anti-Fazura) so, memang Fattzura tak datang. Real fans pun tak nak la diorang datang, tapi still memang nak diorang menang la.. yang meroyan tu bukan fans diorang and saja je nak jadi batu api. Real fans, relek je… hahaha

    Walaupun diorang tak datang, they still say thank you kat IG… Yang tu pun kitaorang dah appreciate.

    • Cant brain says:

      Dia said thanks to peminat dia sebab undi dia & hubs untuk Anugerah “semalam” . Apa susahnya sebut Anugerah Meletop? Appreciate lah sikit Meletop dah calonkan diorang & fans yg undi untuk anugerah meletop tu

  9. faraj says:

    Anugerah tk sampah..yg sampah nya Neelofa..tk der paedah nya Neelofa tu’ Rosakan majlis ader lahhhh

  10. Anonymous says:

    MUNGKIN MEREKA ADA SOMETHING COMING UP EVENT KAT LAIN -YES KITA MEMANG SALUTE FAZURA-NOONE CAN BE INSPIRING,HUMBLE,GORGEOUS,COURTEOUS-SUAMI ISTERI ORG YG HUMBLE,MEREKA TA KACAU ORG NETIZENS NI,LAU KAU ORG TA SUKA FATTZURA LEAVE FRM THIS ZONE,JANGAN BUANG MASA KALIAN KUMAT KAMIT MULUT AND BUANG MASA PRESSING BUTTON NA TULIS IU=ITU -INI,MEMANG DA REZEKI MEREKA MENANG VOTERS ARE MORE LOVING THEM THAN HATERS -SO BIG HANDS TO WINNERS.

  11. Not Lofa fans says:

    fazura memang fake lah.. selalu play victim.. ingat lagi orang puji dia macam kimK.. pastu fakezura ni canang cakap org tu bertudung tapi carut dia.. bila dah explain tetap rasa diri dia (fakezura) tu betul. start situ aku tak minat dia.. tak faham aku dengan fans fakezura ni.. btw.. dulu aku minat fazura.. minat gila sebab dia cantik & nampak berjaya.. tapi tu dulu lah.. sebab aku mmg dapat rasa sangat fazura ni fake nak mati…

  12. Anonymous says:

    hahahah lawak la..Johan x attend pon aritu even menang,,xda pulak orang kecam..apo sah2 fans lopak haters je lebih ni…

  13. Anonymous says:

    Anugerah sampah… Hosts sampah…. Mana lah Fattzura nak layan u oils… Marah betul haters aka lobenak… Lol

Tinggalkan Komen Anda Di Sini