Written by Bella | September 24th, 2019

Pelakon cantik manis, Mira Filzah menang besar di malam ABPBH 32 Ahad lalu. Bukan sahaja dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, dia juga berjaya merangkul tiga anugerah lain iaitu Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi TV Popular bersama Remy Ishak menerusi drama Pujaan Hati Kanda.

mira filzah bintang paling popular

Mira berkata, kontroversi bukanlah penyumbang kepada kemenangannya itu tetapi kerja keras. Menurut Mira, dia percaya peminat kini semakin bersikap rasional dan lebih memilih serta menilai kepada hasil kerjanya berbanding kontroversi dalam membuat undian.

Mira tidak rasa kontroversi menjadi faktor utama kemenangan pada malam ini. Kalau ada pun kontroversi, produk yang Mira berikan lebih menyerlah dan mengaburi cerita sensasi yang ada.

mira filzah

Kebetulan ketika proses undian, drama Sweet Dreams disiarkan, jadi ia memberi impak terhadap populariti Mira.

Kebiasaannya selepas memenangi anugerah, kebanyakan selebriti akan mula menaikkan nilai harga untuk melakukan sesuatu projek tetapi pada Mira harga bukanlah segala-galanya dan lebih mementingkan kualiti kerja.

mira filzah kontroversi

Bagi Mira, kualiti perlu sering dengan populariti. Harga bukan segala-galanya. Mira masih sama.

Terdahulu, Mira dihimpit beberapa kontroversi termasuklah gosip percintaan dengan Zizan Razak serta Remy Ishak. Malah, Mira pernah dikritik menggayakan pakaian terlalu ketat dan tudung semakin singkat yang tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita berhijab.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Instagram Berita Harian

13 responses to Menang Bukan Kerana Kontroversi Tapi Kerja Keras – Mira Filzah

  1. Brunes says:

    kemenangan si haneesyah budget nangis fake, so so talent in modelling n selalu guna black card tu has tainted the credibility of Mira Filzah’s hard work. kenapelah nak pilih si dia tu. she is only famous because of her viral night out plus UNDERAGE drinking.. sucks to be an attention seeker!! what is this anugerah trying to convey to its audience eh????

    • Anonymous says:

      That it is only popularity that counts. Doesnt matter good or bad act. The name of the award suggest it all.as for quality wise, just wait for another award that is judging on that. Bet mira filzah wont make it even in the candidates list

      • Brunes says:

        then its true what they are saying, there is no business like the entertainment business. the exponent itself is dipshit!

  2. Anonymous says:

    Mira filzah ni x cukup aura la..tp kan, sape je celebriti yg ada aura n berkaliber kat msia ni. Level2 ni je la yg msia ada. So, still aku tgk drama melayu 5 minit je setahun. Tgk ckit2 masa raya, masa lepak dgn ipar duai, masa bosan2 tertengok kat klinik tgu doktor, n tertgk kat restoran mamak

    • haihhh.. says:

      replying to anon september 24,2019 at 9.14am
      kan. ingat ai olls jer perasan cam tu..disebabkan dia tapau tv3, astro..dan fans pun ramai..jadi menang atas undian jer la..level pengarah yang ambik dia berlakon sekitar Michael Ang, Zeel tu..rasa pengarah drama nur, kabir bahtiar, erma, shiela rusly rasa belum pernah ambik dia berlakon ..kalu pengarah2 tu yang ambik dia berlakon..rasa baru aura berlakon dia terserlah mcm jana nick..#jgnkecamiolsfanatikmirafizlah#

      • Anonymous says:

        haihhh..
        September 24, 2019 at 10:27 am

        filem sangkar tu arahan khabir bhatia…so aura mira ni dh terserlah la kn…so, lain kali nk ckp tu selidik dulu…

        • Kk says:

          Itu mmg arahan kabir bhatia tapi yg pilih pelakon tu astro si gf jul ripin kak gayathri kan ade die ckp mase inteview die pilih mira sbb mira ni mcm malaysian sweetheart n nak kabir guide die tapi syg cara penyampaian mira tu x sampai x de feel

        • haihh says:

          tu baru la noks..yang lepas2 belum hado lagi..

        • Anonymous says:

          Cenggitu terserlah aura??? Alahai bertuah artis kat msia. They dont have to try hard sbb peminat2 are easily entertained dgn hiburan2 junky ni

  3. Anonymous says:

    yg Artis Bintang Paling Popular last year..smpai sekarang aku xleh hadamm..

  4. pondan=anjing says:

    nasib baik alif shukri tak tercalon…kalau tak pondan tua tu la yg menang..

  5. Kobes Bunga says:

    kita pon xtau betapa kuatnya dia kerja.. layan fan club ag.. sbb tu peminat syg.. jgn pertikat\i rezeki org..

    • Anonymous says:

      Sendu la Mira Filzah ni. Macammana boleh paling popular pulak ni. Aura dah la tak ada, Wow factor lagilah tak ada. Sendu dan sememeh je. Dalam lakonan mahupun di luar lakonan, tak ada aura. Adeh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini