Menang Besar Di Anugerah Planet Muzik : Ayda Jebat Dituduh Beli Undi

Hiburan

Menang Besar Di Anugerah Planet Muzik : Ayda Jebat Dituduh Beli Undi

Tanggal 30 September lepas, Anugerah Planet Muzik 2016 telah berlangsung di MES Theater at Mediacorp, Singapore. Malam berkenaan, menyaksikan beberapa artis daripada Malaysia, Indonesia dan Singapura menerima penghargaan terhadap karya mereka.

Advertisement

Ayda Jebat menang besar pada malam tersebut dan meraih tiga anugerah iaitu Artis Paling Popular APM, Lagu Paling Popular (Pencuri Hati) dan Ikon Media Sosial.

Walaubagaimanapun, kemenangan Ayda itu dipertikaikan sesetengah pihak dan ia adalah kerana pembabitan syarikat kosmetik House of Dre selaku penaja bersama acara itu.

Namun, menurut pengasas House of Dre iaitu Datuk Rafiena, kemenangan Ayda adalah hasil kerja keras beliau sendiri.

Untuk APM 2016, kami menaja siri produk spa keluaran House Of Dre, bukan siri wangian yang membabitkan Ayda. Secara jelasnya Ayda tidak wajar dikaitkan dengan kami selaku penaja bersama kerana Ayda tidak ada kena mengena dengan siri produk spa keluaran kami.

Ayda  pula ketika ditemui menyifatkan kemenangannya itu adalah hasil kerja keras  dan sokongan kelab peminatnya, AJ Screamers yang mengundi.

Mereka lakukan segala-galanya termasuk sanggup tidak tidur untuk terus mengundi saya. Mereka memang luar biasa.  Tidak adil untuk mempertikaikan kemenangan dan bising-bising kalau tidak berusaha atau dalam kata lain tak mengundi.

Anggap sahaja mereka yang mempertikaikan kemenangan anda itu sebenarnya cemburu melihat kejayaan dan populariti yang sudah anda kecapi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...