Sedia maklum, Dendeng Nyet Berapi keluaran syarikat pempengaruh, Khairul Aming menerima sambutan hangat tiga hari lalu di TikTok live, dimana 80,000 paket produk tersebut terjual dalam masa 3 minit saja.
Ada pihak ambil kesempatan
Susulan menjadi rebutan ramai, ada pihak yang berjaya membeli Dendeng Nyet Berapi cuba mengambil kesempatan dengan menjualkannya semula pada orang ramai tetapi harga dinaikkan dua kali ganda dari harga asal.
Kalau KA menjual dengan harga RM14.90 saja, individu yang tidak bertanggungjawab itu menjual dengan harga RM29 dan kenaikan harga itu sememangnya sangat ketara.
View this post on Instagram
Padam hantaran selepas dikecam
Teruk dikecam dan dikritik pengguna Facebook yang lain, individu terbabit mengambil keputusan untuk memadam hantaran menjual Dendeng Nyet Berapi dengan harga tidak berpatutan itu.
Sekadar info, Khairul Aming mencipta sejarah dengan berjaya kutip lebih RM1.2 juta dalam masa tiga minit 39 saat sebaik saja Dendeng Nyet Berapi dilancarkan dalam TikTok Shop.