Menang Anugerah Penerbangan CAPA, Tony Fernandes Diiktiraf CEO Terbaik Syarikat Penerbangan Kali Ke-3

Trending

Menang Anugerah Penerbangan CAPA, Tony Fernandes Diiktiraf CEO Terbaik Syarikat Penerbangan Kali Ke-3

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia, Tony Fernandes telah dipilih sebagai CEO Terbaik Tahunan syarikat penerbangan oleh Centre For Aviation (CAPA) untuk kali ketiga berturut-turut.

Advertisement

Berikutan kejayaan yang amat bermakna itu, Tony berkata AirAsia telah melalui perjalanan yang jauh sejak kali pertama beliau memenangi anugerah itu pada 2004 lagi, untuk menjadi syarikat penerbangan Asean sepenuhnya.

Beliau berkata menerusi operasi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India, dan tidak lama lagi di Jepun, syarikat penerbangan itu kini mempunyai lebih 200 pesawat dan 17,000 petugas.

“Kami satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang ke semua 10 negara anggota Asean dan menerusi Fly-Thru, kami menghubungkan keseluruhan Asia Pasifik, dari Jepun, Korea dan China ke Australia dan New Zealand ke India dan melepasinya, dengan hanya satu hentian. Kami kini terbang sejauh Mauritius,” katanya.

Anugerah itu disampaikan kepadanya pada Anugerah Penerbangan CAPA bagi Kecemerlangan 2016 di Amsterdam.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...