Menang Anugerah Pelakon Wanita Harapan FFM31, Fify Azmi Tak Menyesal Potong Rambut Pendek

Hiburan

Menang Anugerah Pelakon Wanita Harapan FFM31, Fify Azmi Tak Menyesal Potong Rambut Pendek

Meskipun baru setahun jagung berkecimpung dalam dunia seni, pelakon Fify Azmi nampaknya telah berjaya mencipta sejarah peribadi apabila dia telah meraih trofi Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) pada malam Jumaat lalu.

Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi,31, menganggap kemenangan itu tidak dijangka sama sekali dan akn menjadikan ia sebagai pemangkin semangatnya untuk terus berkarya.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia yang memotong rambut pendek demi membawa watak Zain dalam filem Wita itu benar-benar membuahkan hasil.

Sejujurnya saya rasa ia merupakan perkara paling sukar kerana dari dahulu lagi tak pernah berambut pendek.

Tetapi sejak shooting filem Wira, saya terpaksa mengorbankan rambut sendiri demi watak tersebut.

Advertisement

Dia dalam pada itu turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang memberi peluang kepadanya untuk mencipta nama dalam industri seni.

Fify yang merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 berkata bahawa dia menjangkakan pelakon Mimi Lana akan memenangi anugerah tersebut.

Perkembangan lain, Fify kini terlibat dalam sebuah drama aksi terbaru arahan Shuhaimi Baba yang berjudul Jefri Zain.

Fify Azmi Nafiez Zaidi
1 bulan lalu

Enggan Berselindung, Nafiez Zaidi Akui Hubungan Dengan Fify Azmi Semakin Rapat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...