Buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin semalam telah dinobatkan sebagai Buku Paling Popular di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017. Anugerah itu berlangsung di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacifiq, Kuala Lumpur. Meskipun dikecam, Fattah ia tidak melunturkan semangat Fattah untuk terus menceburi bidang penulisan.
Menerusi akaun Instagramnya, Fattah meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada peminat-peminat yang sering menyokong dan memberikan semangat buat dirinya meskipun ada sesetengah pihak yang mengkritik terbitan buku tersebut.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Sesungguhnya semua yang baik itu datang dari Allah swt. Hari ni saya telah dimurahkan rezeki sekali lagi dengan Anugerah Buku Negara, Buku Popular. #99KatakataFattahAmin #QalifModen.
Semua ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan yang bertali-arus dari semua peminat-peminat saya. Tanpa anda semua, perjalanan saya akan terasa lebih jauh. With you guys, you made my days easier and make me more positive in facing everything that comes my way.
Deep in my heart, korang semua memang truly are #Fattahrians, sangat #fantastic, dan memang my #motivators yang terus buat saya tabah dan positif dalam melalui cabaran seni ini. Korang yang dimaksudkan ialah SEMUA FANS saya tak kira di mana jua anda berada! Fattah sayang anda semua.
Terbaharu, Fattah juga sudah melancarkan novel berdasarkan single popularnya, Wanita Terakhir. Mungkinkah novel berkenaan juga tersenarai di dalam carta Best Seller?