Memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Wanita Popular, pasangan sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura mengakui ia adalah kenangan paling manis untuk mereka suami isteri.
Seperti yang anda semua tahu, menerusi drama Hero Seorang Cinderella, mereka mula berkenalan sehingga berputiknya bibit cinta dan seterusnya ke jenjang pelamin.
Hero Seorang Cinderella banyak memberikan kenangan manis kerana kami bertemu di lokasi drama itu, bercinta dan seterusnya berkahwin. Malam ini, kami menang pula anugerah utama bersama, selain Pasangan Serasi Drama menerusi drama itu. Ia memang kenangan paling manis dan melakar sejarah tersendiri buat kami.
Fazura pada masa yang sama, turut mengucapkan rasa syukur tidak terhingga kepada peminat yang menyokong mereka suami isteri.
Melihat kesungguhan peminat yang mengundi siang dan malam, saya sangat terharu. Menang atau kalah, bukan persoalan. Mereka adalah kekuatan saya.
Fattah dan Fazura turut menang dalam kategori online iaitu Pasangan Serasi Drama menerusi drama Hero Seorang Cinderella.
Kredit Foto : Berita Harian & Halimaton Saadiah Sulaiman