Setiap pasangan yang dah berkahwin pasti berkerjasama untuk meningkatkan ekonomi rumah tangga masing-masing tak kesah sama ada dalam rumah tangga atau pun secara individu.
Apa yang menariknya, individu ini berkongsi bagaimana beliau “mencipta” beberapa tabung untuk plan jangka panjang bersama isteri tercinta..
Tips Menabung untuk “Sweet Couple”.
Pagi tadi saya bawa isteri ke Pavillion. Saya singgah lama di kedai buku, kemudian kami singgah pula di kedai sepatu.
Edisi membeli belah kami hari ini hasil pecah tabung. Ada dua tabung yang dipecahkan, Tabung Kasut & Tabung Pandora.
Meh sini, saya kongsi tips menabung buat anda.
1. Usahakan sesuatu untuk menabung sekurang-kurang RM5 sehari untuk setiap tabung.
2. Isteri saya akan menabung menggunakan hasil jualan di warung Tudia Char Kuey Teow dan jualan pati kicap.
3. Saya akan menabung menggunakan hasil jualan daripada bisnes-bisnes yang lain.
4. Buat banyak tabung ikut minat nak tujuan simpanan masing-masing. Boleh guna Tin Biskut Danone atau bekas Kuih raya kelmarin tu.
5. Mesti berdisiplin menyimpan dalam tabung. Jangan mengelat walau satu hari sekalipun. Mesti kena masuk tabung!
6. Tabung Pandora RM5 x 25 hari berniaga sebulan, sudah RM125. Dah boleh beli seketul atau dua ketul Charm.
7. Tabung Kasut sehari RM5 x 25 hari sebulan, sudah RM125. Dah boleh beli kasut baru yang isteri suka dan mengidam lama.
8. Bila sudah dapat capai impian mana-mana tabung, gantikan dengan tabung baru. Contoh, buat Tabung Handbag pula.
9. Simpan setiap hari mengikut bajet dan rancangan masing-masing.
10. Suami kena pandai lah ambil hati isteri, masukkan beberapa keping ekstra tanpa pengetahuan si dia. Kira Surprise lah tu !
11. Suami mesti bawa isteri pergi shopping. Jangan biarkan dia pergi sendiri. Jangan bawa anak-anak atau orang lain, sweet gitu. Masa berdua.
——————-
Tak ada pendapatan harian ?
Tak boleh nak menabung ?Itu semua alasan yang dicipta. Kalau mahu buat, mesti kena azam dan usahakan sesuatu. Mulakan menjual apa-apa yang mudah dan senang. Contohnya bawa nasi lemak ke pejabat, jual tudung bawal waktu rehat dan sebagainya.
Apa ? Malu ? Opsss..kalau malu dan malas menjadi penyebab kita tidak berusaha. Siapa pun tak boleh nak menolong. Ya ampun!
Jika perkongsian ini bermanfaat, tekan butang Share. Nanti saya tulis lagi.
Bahagia ada di mana-mana.
Kitalah yang perlu mengusahakannya.Salam sayang.
Ikram Al-Banjari.
Masih Saudagar Jalanan.
Semua orang boleh menabung dari sumber pendapatan masing-masing. Jumlah tabungan itu subjektif dan berbeza mengikut pendapatan isi rumah juga. Apa pun kita semua boleh menyimpan. Sama-sama bantu pasangan menabung..
sumber : ikram al-banjari