Mempunyai Rumah Dan Kereta Pada Usia 20 Tahun, Kisah Kejayaan Pemuda Ini Viral Di Media Sosial

Kehidupan

Mempunyai Rumah Dan Kereta Pada Usia 20 Tahun, Kisah Kejayaan Pemuda Ini Viral Di Media Sosial

Ramai yang tergamam apabila melihat kejayaan yang berjaya dikecapi oleh pemuda berusia 20 tahun ini apabila ianya dikongsikan di media sosial. Siapa sangka pada usia muda itu, dia sudah memiliki rumah mewah dan kereta miliknya hasil usahanya sendiri.

“Alhamdulillah dah ada keduanya before 20 even tak seberapa.”

Pemuda dikenali sebagai Muhammad Asyraf Khairul Anuar terlibat dalam perniagaan bundle secara dalam talian dan menjadi pembeli peribadi atau personal shopper barangan bundle di Jepun. Dia mula menceburkan diri dalam perniagaan ini selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2017 bermodalkan RM100 sahaja.

Rumah yang dibelinya pada tahun lalu itu merupakan hadiah buat keluarganya sementara dia merancang akan membeli rumah untuknya kemudian memandangkan dia masih lagi bujang. Buat masa ini, dia merancang untuk memperkenalkan jenama sendiri pula.

“Dengan modal yang sedikit saya beli top up (tambah nilai) untuk langgan internet dan mengkaji beberapa akaun Instagram yang menjual barangan bundle serta cara mereka mempromosikan barang.”

Untuk baki modal selebihnya digunakan untuk membeli pakaian terpakai di kedai bundle dan menjual beberapa helai di Instagram. Pada waktu itu juga dia tidak sangka dalam masa seminggu semuanya habis dijual.

Menjadi personal shopper

Kemuncak perniagaannya adalah apabila dia memilih untuk menjadi personal shopper bagi barangan bundle di Jepun dan tidak dinafikan ramai kaki bundle yang sanggup berhabis duit untuk tujuan itu. Ternyata ianya memberikan pulangan lumayan apabila pada tahun 2019, dia berjaya menyimpan keuntungan RM200,000.

Pengalaman bersusah payah ‘menyelam’ di kedai barangan bundle di sana juga sememangnya berbaloi dan hasilnya cukup lumayan. Malah nilai barangan bundle di Jepun adalah tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit dan ada yang sanggup membelinya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...