December 26th, 2016

Penyanyi Zarul Umbrella nampaknya sudah semakin popular dan kembali hangat didalam industri muzik tanah air. Tidak dinafikan beliau mempunyai jumlah peminat yang ramai dan turut menjadi digilai gadis-gadis diluar sana.

Zarul akui beliau menerima pelbagai komen dan “godaan” di media sosial tetapi perkara itu sedikit pun tidak mengundang rasa cemburu didalam hati isterinya.  Menurut Zarul,  isterinya seorang yang cukup memahai kerjaya beliau sebagai artis.

Untungnya dia tidak pernah cemburu bila melihat komen-komen peminat atau berita ‘panas’ di media sosial. Kalau cemburu mungkin agak susah juga tetapi nampaknya setakat ini, dia sentiasa faham dan menyokong kerjaya seni saya sama macam dulu juga. Dia sendiri boleh tahu itu komen daripada peminat. Tak mungkin perkara tersebut akan menjadi isu besar pada kami berdua.

Tambah Zarul, beliau sesekali tidak akan terbuai dengan populariti yang beliau ada sekarang kerana sudah merasakan pengalaman seperti ini dahulu ketika bersama kumpulan Umbrella. Buat beliau, populariti itu bukanlah sesuatu yang kekal.

Saya pernah popular dan digilai satu masa dahulu. Bila senyap, terus tak dikenali beberapa tahun lamanya. Pendek kata saya sudah rasa putaran roda itu. Tak ada apa yang akan berubah dengan peribadi saya termasuklah dalam soal wanita.

Berjaya mana pun kita, jangan pernah lupa diri. Sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Kami sokong dengan kata-kata Zarul Umbrella yang populariti itu tidak kekal lama.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...