Mempunyai Had Dalam Menilai Situasi, Pemandu Bas Sekolah Digalak Untuk Turun Dan Pantau Pelajar

Berita

Mempunyai Had Dalam Menilai Situasi, Pemandu Bas Sekolah Digalak Untuk Turun Dan Pantau Pelajar

Seringkali terlihat berlakunya kemalangan keatas pelajar, kerana itu pemandu-pemandu bas atau van sekolah digalakkan untuk turun dari kenderaan serta memantau pelajar hingga mereka masuk ke dalam sekolah ataupun kediaman mereka.

kemalangan van langgar budak
3 years ago

Pemandu Van Ditahan, Langgar Mati Budak Sekolah Di Sepang, Semalam

Advertisement

Menurut Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Prof Dr Kulanthayan Kc Mani, pemandu perlu tahu bahawa golongan kanak-kanak ini mempunyai had tertentu dalam menilai situasi dan masih perlukan pantauan dari orang dewasa.

Prof Dr Kulanthayan Kc ManiSumber : Google 

Dalam pada itu, kanak-kanak ini juga perlu diajar supaya jangan berada di kawasan terlindung dan mereka juga perlu tahu bahawa terdapat banyak titik buta (blindspot) pada kenderaan.

Bagaimanapun, kata Prof Kulanthayan lagi, bagi kanak-kanak yang berusia 8 tahun kebawah, mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan yang tepat serta selamat biarpun telah diajar tentang risiko dan keselamatan.

Atas dasar tersebut kita minta agar kanak-kanak ini sentiasa ditemani dan dipantau orang dewasa.

Kanak-kanak lintas jalanSumber : Google 

Prof Kulanthayan mengulas kejadian kemalangan yang menimpa seorang murid perempuan tahun satu di Salak Tinggi akibat dilanggar oleh pemandu van semasa melintas di hadapan kenderaan tersebut Jumaat lepas, sekali gus mengulas semula tentang keselamatan golongan tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...