Si cilik yang berusia enam tahun Anastasia Knyazeva dari Russia diiktiraf sebagai ‘Kanak-Kanak Tercantik Dunia’.
Pada usia enam tahun, Knyazeva sudah memiliki lebih 500,000 pengikut di laman Instagram, yang kini diuruskan ibunya, Anna.
Anna kerap memuat naik foto Knyazeva dari pelbagai sesi fotografi, dan mendapat ratusan ribu view dan sukaan di lam tersebut. Malahan gambar gambar itu juga mendapat ribuan komen yang memuji kecantikan yang dimiliki.
Ia bukan sesuatu yang pelik kerana dengan sepasang mata bundar berwarna biru, Knyazeva, kata netizen, tidak ubah seperti ‘anak patung hidup’.
Knyazeva kini diwakili agensi peragaan President Kids Management dan sering dipilih untuk mewakili jenama fesyen terkemuka di Russia, antaranya Amoreco and Kisabiano, selain terpilih menjadi wajah jenama pakaian mewah kanak-kanak, Little Miss Aoki.
Ramai berpendapat Knyazeva tidak lama lagi akan menerima perhatian yang sama seperti Thylane Blondeau, peragawati muda dari Perancis yang dinobatkan pengguna laman sosial sebagai kanak-kanak paling cantik, sewaktu awal kemunculannya kira-kira 10 tahun lalu yang kini berusia 16 tahun. Blondeau mula memperaga untuk jenama fesyen terkenal seperti Jean Paul Gaultier dan Dolce & Gabbana, seawal usia enam tahun.