“Memperlekehkan Agama..” – Afgan Peluk Cium Anjing Di Instagram, Ramai Netizen Tak Selesa

Hiburan

“Memperlekehkan Agama..” – Afgan Peluk Cium Anjing Di Instagram, Ramai Netizen Tak Selesa

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan sebelum ini pernah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila dia sering dilihat memeluk dan mencium seekor anjing yang diberi nama Coco di media sosialnya.

Berikutan itu, Afgan tampil memberikan penjelasan mengenai isu itu dan memaklumkan bahawa dia akan membersihkan diri menggunakan sabun tanah setelah bersentuhan dengan haiwan tersebut.

Advertisement

Meneruskan hidup seperti biasa, nampaknya peminat terutamanya netizen daripada Indonesia tetap mempersoalkan dan meluahkan rasa tidak selesa dengan tindakan penyanyi itu yang memegang anjing peliharaannya.

Kata netizen, lebih baik Afgan memelihara haiwan yang lain seperti kucing agar tidak timbul fitnah terhadap agama Islam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afgan (@afgan__)

Lebih baik sebagai seorang yang beragama Islam membawa kucing. Taklah nanti timbul fitnah pula.

Malah, ada juga yang kecewa dengan tindakan Afgan di mana mereka merasakan penyanyi itu seperti memperlekehkan agama anutannya.

Dulu saya peminat kamu, tapi kini tidak lagi. Kamu mula memperlekehkan agama kamu iaitu agama aku juga. Matlamatmu tidak menghalalkan cara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Asad motawh ismail izzani
1 year ago

(VIDEO) Asad Motawh Buat Video TikTok Perli Ismail Izzani, Netizen Beri Nasihat - "Sekarang Dia Diuji, Tunggu Turn Awak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...