Memey kata dia tolong jaga anak Norman Hakim aja, sebab Norman Hakim kena drive…mana boleh drive sambil pegang anak, betul gak tu. Kang kalau brek mengejut jatuh pulak baby..bahaya tu.
“Kebetulan, waktu itu Norman membawa tiga orang anaknya termasuk ‘baby’ (Danisha) jadi agak sukar untuk dia memandu.
“Jadi, saya tolong jaga ‘baby’ itu untuk dia dan ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan anak-anak dia,†jelas Memey yang enggan bercerita lebih kerana bimbang sekiranya kenyataannya nanti menimbulkan isu lain pula.
Kebetulan je tau korang, bukan plan pon! Jangan buat isu pulak OK.
Menyentuh tentang desas-desus mengatakan Memey memanggil Norman ‘sayang’ pula, gadis berusia 21 tahun ini hanya tersenyum sipu tanpa mengiyakan atau menafikannya.
Orang dulu-dulu kata, Malu tandanya setuju…
Seperti biasa apabila diduga dengan soalan bila mereka akan berkahwin, Memey menjawab dia tidak menolak jodoh dengan Norman tetapi mereka tidak mungkin akan bersatu dalam masa terdekat ini.
Hmmm….