Berita mengenai Abby Abadi yang bakal berkahwin untuk kali ketiga bukanlah sesuatu yang mengejutkan buat Memey Suhaiza dan suaminya Norman Hakim. Menurut Memey, Abby telah memberitahu khabar gembira tersebut kepada mereka berdua sebelum mengumumkannya di laman Instagram.
Saya dan Norman memang tidak terkejut dengan berita itu kerana sebelum ini lagi dia sudah beritahu hasratnya untuk berkahwin lagi. Cuma baru-baru ini sahaja baru secara rasmi dia beritahu kepada umum pengumuman tarikh perkahwinannya.
Abby Abadi bakal bernikah dengan seorang wartawan yang mula beliau kenali pada tahun 2013 tetapi mula rapat pada Disember 2014 atas urusan kerja. Bakal suami Abby yang mesra disapa Jai merupakan wartawan bagi akhbar pembangkang iaitu Harakah.
Majlis pernikah mereka akan diadakan pada 14 Ogos ini bertempat di Keramat, Kuala Lumpur. Sebelum ini Abby pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.
Selepas itu beliau bernikah dengan Mohd Noor Farhan Che Bakar di Selatan Thailand pada Julai 2013 dan akhirnya bercerai juga pada Jun 2014.