May 26th, 2015

Alhamdulillah. Beruntung Norman Hakim mendapat seorang isteri seperti Memey Suhaiza. Sentiasa berfikiran positif, percaya kepada suami dan hanya mahukan kebahagiaan keluarga. Seperti yang kita ketahui, hubungan Norman dan bekas isterinya, Abby Abadi memang baik lebih-lebih lagi mereka berkongsi cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu. Walaupun begitu, hubungan baik ini tidak langsung merisaukan Memey Suhaiza selaku isteri Norman sekarang.

memey suhaiza

Seronok dan gembira Abang Nara melihat keterbukaan Memey Suhaiza dalam bab ini. Memang wajar dicontohi. Paling penting hubungan antara anak-anak mereka sekarang sangat rapat kerana kemesraan yang terjalin. Respek!!! Kata Memey:-

Bila hubungan lebih baik ini lagilah saya tidak risau sebab semuanya di depan mata dan kami sentiasa bersama. Kalau ada perkara yang berkenaan anak-anak pun, kami sentiasa berkomunikasi. Jadi bila kami makin rapat ini, tidaklah risau. Kalau dulu mungkinlah saya berfikir pasal perkara ini, sekarang tidak lagi. Saya tak perlu memikirkan perkara negatif.

Kita pun sudah ada anak jadi fokus itu lebih kepada anak dan keluarga. Semuanya baik saja, malah anak-anak saya dan anak-anak abang (Norman) (bersama Abby) pun rapat. Kami pun selalu berjumpa, jadi saya mahu fikir perkara yang bahagia saja, tak mahu fikir negatif sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan. Buat masa sekarang, kita hanya mampu doakan yang terbaik untuk diri kita sendiri. Perkara yang akan datang dan perkara yang negatif, saya tak fikir dulu

memey suhaiza

Selalunya kalau dalam masyarakat kita, isteri semasa tak boleh tengok suaminya berkawan baik dengan bekas isteri. Abang Nara pernah tengok satu pergaduhan di Bangsar kerana isu ini. Fuh!!! Cuak juga dibuatnya. Sewajarnya keterbukaan yang diamalkan oleh Memey ini harus dicontohi, lebih-lebih lagi jika ada cahaya mata antara suami dan bekas isterinya terdahulu. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Berita Harian.


Comments are closed.

Loading...