February 16th, 2012

Pejam celik pejam celik sudah 6 bulan rupanya Memey Suhaiza mendirikan rumah tangga dengan Norman. Adat orang berkahwin sudah pasti mahukan cahaya mata sendiri. Dan Memey sememangnya sudah tidak sabar untuk bergelar seorang ibu.

memey suhaiza

Memey mengakui yang sebelum ini dia merancang keluarga, namun perasaan untuk bergelar seorang ibu semakin kuat. Kata Memey:-

Saya rasa sangat gembira dan perasaan tersebut memang payah untuk dijelaskan. Yang nyata kini saya merasakan kehidupan sudah sempurna. Sebelum ini memang merancang juga… tapi lama-kelamaan, saya rasa macam hendak ada anak sendiri. Perasaan itu sudah datang. Cuma pada ketika ini, memang saya teringin sangat untuk mengandung dan mempunyai cahaya mata sendiri

Semoga impian dan cita-cita Memey untuk bergelar ibu akan tercapai. Banyakkan berdoa, mana tahu tak lama lagi akan ada berita gembira untuk anda dan suami di tahun 2012 ini. Sumber berita Utusan Malaysia.


164 responses to “Memey Suhaiza Mahukan Cahaya Mata Sendiri”

  1. nak tumpang gelak je says:

    wakakakakakakakka…lawak la komen u all..dr komen memey,sampai la komen sesama u all..what da..so happy for me..wakakakaka..

  2. salam sejahtera semua,

    saya mmg peminat memey dulu kini dan selamanya..Alhamdulillah moga Memey dan Norman Hakim akan mendapat cahamata yang soleh dan solehah..pada orang2 yang suka menghina dan mengutuk mereka berdua sila cermin diri sendiri adakah anda sudah cukup sempurna. Doa yag baik untuk orang lain insyallah orang lain pon akan doakan yg baik2 untuk anda juga…Jadi lah manusia yang sentiasa berperasangka baik pada semua orang….

  3. peace... says:

    kelakar betul bila baca komen2 korang ni.dah mcm mjlah lawak plak…

  4. poyo says:

    smoge anak itu mmbesar jadik anak yg baik dan tak ikut
    perangai buruk ibunya..

  5. perempuan melayu says:

    yg korang smua dok debat sal pompuan tu pehal????…adehhhh…tak paham aku :))…buang masa dowhhhh!

Loading...