Mendedahkan dirinya ingin menimang tiga orang cahaya mata lagi, pelakon Memey Suhaiza menyatakan sasaran itu ingin dilakukannya sebelum umur memasuki 40 tahun.
Menurut isteri kepada pelakon tampan Norman Hakim itu lagi, beliau hanya mampu merancang namun segalanya adalah ketentuan daripada Illahi.
“Tiga orang. Mummy target nak tambah lagi tiga sebelum umur 40. Kita merancang.. Semuanya dengan izin Allah kan.”
Dalam pada itu, Memey juga dilihat turut mendoakan kepada pasangan yang sedang berusaha sama seperti dirinya agar dimakbulkan doa oleh Allah.
“Sesiapa yang tengah merancang dan berusaha juga , mummy doakan semoga sama-sama doa kita dimakbulkan.”
Bagaimanapun, perkongsian itu turut menarik perhatian Norman dan bertindak meninggalkan komen di ruangan posting tersebut.
“Halamakkk dia dah bagi hint laaaa.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut turut mendoakan agar segala perancangan Memey dimakbulkan oleh Allah SWT, malah turut berdoa agar rumah tangga Memey bersama pasangan akan kekal bahagia hingga hujung hayat.
Untuk rekod, Memey dan Norman telah berkahwin pada 24 September 2011. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.