Ayu gile Memey Suhaiza berbaju putih dalam gambar pertunangan dia nie. Kami confirm abang Norman yang gagah perkasa tue akan cair melihat keayuan Memey lalu akan teringin berkahwin secepat mungkin. Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua atas pertunangan ini.
Norman telah menghantar 7 dulang hantaran dibalas 5 oleh pihak Memey. Wang hantaran semasa perkahwinan pulak dirahsiakan. Mungkin masih belum ditetapkan lagi.
Sedikit kata-kata romantik Memey di hari pertunangannya:-
[note]Jujurnya memang penat sebenarnya selama ini. Bukan kerana mendengar kata-kata nakal orang, sebaliknya terlalu letih mengharungi segala dugaan yang datang menimpa tidak henti. Syukurlah abang (Norman) sentiasa menyokong dan memberikan motivasi buat saya terus berdiri. Abang memang seorang lelaki yang baik dan mampu membimbing saya serta keluarga kami nanti. Saya yakin dengan sifat kebapaannya. Soal keserasian tidak perlu lagi dibicarakan kerana sejak dari awal perkenalan kami lagi, rasa selesa dan gembira itu memang ada dan kekal antara kami. [/note]
Norman pun tidak kurang romantiknya dengan membalas menerusi kata-kata ini:-
[note]Memey seorang wanita yang sukar saya terjemahkan dengan kata-kata kerana kejujuran serta keikhlasannya dalam menerima diri saya sebagai seorang duda dengan tiga anak adalah aspek utama yang menyentuh perasaan.[/note]
Tahniah kepada mereka berdua dan semoga cepat berkahwin.