August 2nd, 2012

Abang Nara pasti ramai yang terharu dengan jalinan silaturahim yang sudah pulih antara Memey dan Abby Abadi. Bukan senang untuk Abby mengambil inisiatif memulihkan keadaan. Jadi sememangnya Abby deserved all the respect. Dan paling penting, hubungan yang baik ini pastinya menjamin kebahagiaan antara Memey, Abby, Norman dan anak-anak mereka.

memey

Serius mereka bertiga nampak sangat bahagia di dalam gambar di atas. Memey juga turut melahirkan rasa gembira dan bersyukur atas berita gembira ini. Kata Memey:-

Sebenarnya semalam, Memey dan abang Norman telah berbuka puasa di rumah Kak Abby. Alhamdulillah, kami berbuka bersama-sama. Selepas berbuka, kami solat Maghrib bersama-sama dan diimamkan oleh abang Norman sendiri. Memey rasa bersyukur dan gembira kerana selepas empat tahun kami tidak berapa baik, doa orang ramai telah pun dimakbulkan. Jadi, Memey berharap agar orang ramai terus mendoakan kebahagian Memey, abang Norman, kak Abby dan anak-anak.

memey
Dan ada kisah di sebalik telekung serupa yang dipakai oleh Memey dan Abby. Kata Memey:-

Sebenarnya, gambar itu ditangkap selepas selesai solat Maghrib. Memey pakai telekung Memey sendiri. Tapi, kak Abby berikan telekung yang sama dengan kak Abby kepada Memey. Jadi, Memey tukar pakai telekung tu. Tu yang kami tangkap gambar.

Serius Abang Nara sendiri rasa nak menitik air mata membaca kisah ini. Semoga hubungan bahagia ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Pastinya Ramadhan dan hari raya tahun ini lebih bermakna untuk mereka semua.


137 responses to “Memey Suhaiza Bersyukur Hubungan Dengan Abby Abadi Pulih”

  1. mama_mea says:

    da bebaik pun..teruskan la hidup dgn lebih baik slps ni..semoga u olz bahagia hingga hjung nyawa..amin!

  2. abby abadi says:

    ooo mengata aku ye? Mcm la korangtu baek sgt? Nsb baik muka xnmpak…tgk muke korang je aku tau jenis byk dose ke x…memfitnah lbh kejam dr membunuh..aku x maafkan korang dunia akhirat…biar x lepas pegi mekah… Norman tu syg lg kt aku..korang x igt mse aku nk tggl die…die nangis teresak2? Bia la die nk pegang aku..mcm la x penah pegang

    • rosmawati says:

      siapa kau untuk menghukum???????? muhasabah diri masing2,tu lbh baik,xde bnyk dosa,ko jgk punca dosa,nak cakap org,ingat ms lampau ko mcm mn pulak? baik ke??????? nak berubah tapi baik ke????? renung2 kan,selamat beramallllll,hukum karma………

  3. Memey isteri norman hakim says:

    hidup saya dengan suami saya norman hakim sungguh bahagia tapi kak abby cuba nak kacau kebahagian kami mungkin dia ingin rampas kebahagian kami kot sebagaimana saya merampas kebahagian dia dulu tapi saya tak rela di madu kan , ada kah suami saya akan mengambil kak abby kembali dlm hidup dia?

Loading...