Abang Nara pasti ramai yang terharu dengan jalinan silaturahim yang sudah pulih antara Memey dan Abby Abadi. Bukan senang untuk Abby mengambil inisiatif memulihkan keadaan. Jadi sememangnya Abby deserved all the respect. Dan paling penting, hubungan yang baik ini pastinya menjamin kebahagiaan antara Memey, Abby, Norman dan anak-anak mereka.
Serius mereka bertiga nampak sangat bahagia di dalam gambar di atas. Memey juga turut melahirkan rasa gembira dan bersyukur atas berita gembira ini. Kata Memey:-
Sebenarnya semalam, Memey dan abang Norman telah berbuka puasa di rumah Kak Abby. Alhamdulillah, kami berbuka bersama-sama. Selepas berbuka, kami solat Maghrib bersama-sama dan diimamkan oleh abang Norman sendiri. Memey rasa bersyukur dan gembira kerana selepas empat tahun kami tidak berapa baik, doa orang ramai telah pun dimakbulkan. Jadi, Memey berharap agar orang ramai terus mendoakan kebahagian Memey, abang Norman, kak Abby dan anak-anak.
Dan ada kisah di sebalik telekung serupa yang dipakai oleh Memey dan Abby. Kata Memey:-
Sebenarnya, gambar itu ditangkap selepas selesai solat Maghrib. Memey pakai telekung Memey sendiri. Tapi, kak Abby berikan telekung yang sama dengan kak Abby kepada Memey. Jadi, Memey tukar pakai telekung tu. Tu yang kami tangkap gambar.
Serius Abang Nara sendiri rasa nak menitik air mata membaca kisah ini. Semoga hubungan bahagia ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Pastinya Ramadhan dan hari raya tahun ini lebih bermakna untuk mereka semua.