Memey Dan Norman Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ini

Hiburan

Memey Dan Norman Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ini

gambar kahwin memey

Seorang lagi pasangan paling “romantis” di Malaysia, Memey Suhaiza dan Norman Hakim sah akan berkahwin hujung tahun ini. Mereka berdua dah pun bertunang pada 13 September 2010. Sekarang ini Memey dan Norman tengah buat persiapan perkahwinan sikit-sikit. Katanya mereka ke Bandung untuk membeli belah barang kahwin. Kata Memey:

Advertisement

[note]Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap. Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain. Sebenarnya persiapan itu dibuat sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut nanti, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon.Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman. [/note]

Macam biasa kalau artis kahwin mestilah ada seorang dua yang akan menaja kan? Perkahwinan Memey dan Norman pun sama jugak. Dengar ceritanya Memey teringin nak buat garden wedding. Mantap jugak kan? Dan yang paling penting Memey dah pun pergi kursus kahwin. Kira dah ready dah la nie untuk bergelar seorang isteri.

Abang Nara tak tahu sama ada Abang Nara ketinggalan keretapi ataupun tak ikut perkembangan teknologi, tapi dunia sekarang nie nampak macam orang perempuan pulak yang lebih-lebih ceritakan pasal kahwin. Yang laki senyap je. Mungkin dunia dah maju sangat kot. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...