“Membudayakan Inovasi”- Halangan Mengubah Mentaliti Masyarakat Yang Terbiasa Menjadi Pengguna

Branded

“Membudayakan Inovasi”- Halangan Mengubah Mentaliti Masyarakat Yang Terbiasa Menjadi Pengguna

Bilakah kali terakhir anda melakukan inovasi? Adakah semasa memasang perabot IKEA sambil mengikut buku manual atau mungkin ketika menyiapkan kerja kursus mata pelajaran Kemahiran Hidup?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, inovasi membawa maksud perihal manusia mengadakan atau memulakan sesuatu yang baru menggunakan kebolehan kreativiti.

Di luar negara, inovasi atau bidang penciptaan ni bukanlah sesuatu yang baru malah boleh dikatakan setiap individu memiliki kepakaran untuk mencipta. Tapi kenapa di Malaysia bidang inovasi tidak begitu menyerlah?

Bagi membangkitkan minat terhadap Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kalangan pelajar dan belia Malaysia. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah memperkenalkan Malaysia Techlympcs bermula tahun 2022. Acara tahunan ini diadakan mengikut peringkat secara besar-besaran di seluruh negara.

Menghampiri penutup Malaysia Techlympics 2024, Beautifulnara telah diberi kesempatan untuk menemu bual salah seorang pakar, Effendy Norazman yang merupakan jurulatih korporat dan seorang pencipta, bagi berkongsi sedikit pengalaman dalam bidang inovasi rekaan permainan papan.

Effendy Tinggal Dunia Korporat Demi Cinta Terhadap Gamifikasi

Nama Effendy Norazman mungkin agak asing dalam kalangan orang awam. Tapi dalam dunia penciptaan permainan papan (board game) atau gamifikasi di Malaysia, beliau boleh dikatakan sebagai antara pelopor yang mencipta permainan papan untuk pelbagai tujuan seperti permainan simulasi korporat yang digunakan dalam bengkel korporat dan latihan.

Effendy yang memulakan kerjaya dalam dunia korporat telah dilantik menjadi Timbalan Presiden Etiqa paling muda pada tahun 2010. Walaupun bagaimanapun, kerjaya itu tidak memberikannya satu kepuasan yang diinginkan, lalu beliau memilih untuk berehat seketika dan memulakan perniagaan berasaskan permainan papan, di bawah jenama FnD mindspot.

Tidak terhenti di situ, beliau kemudian mula melibatkan diri dengan pembinaan permainan papan. Di mana permainanan papan ini memanfaatkan kuasa (ada role play) dan mekanik permainan yang perlu dipatuhi.

Konsep ini bukan hanya menarik perhatian malah mencipta ruang pembelajaran menyelesaikan masalah secara kerjasama dan menyampaikan mesej tertentu mengikut tujuan penciptaan permainan papan.

Inovasi Permainan Papan Cipta Pengalaman Pembelajaran Lebih Menyeronokkan

(Kredit Gambar: Facebook Effendy Norazman)

Selalunya kalau sebut je permainan pasti ramai yang menganggapnya sebagai aktiviti yang membuang masa atau sia-sia. Tapi anda mungkin silap untuk permainan papan.

Effendy sebenarnya telah berjaya mencipta beberapa permainan papan seperti Heroes, Journey To Jannah, RISE, Upin Ipin Ke Sana Ke Sini dan Melaka yang mempunyai konsep dan mesej yang berbeza. Malah permainan papan Melaka ciptaannya telah mencipta sejarah dipilih ke peringkat akhir permainan papan dunia, Zenobia Award.

Menurut beliau, setiap permainan papan ini bukan dicipta dari idea semata-mata. Ia memerlukan kajian mendalam serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan mekanik permainan ini jelas dan matlamat permainan papan ini tercapai.

Sebagai contoh, salah satu permainan papan ciptaan Effendy iaitu berada RISE di bawah kategori Mega Game, di mana ia boleh dimainkan oleh 200-300 orang dalam satu masa.

Permainan ini berlatar belakangkan sains fiksyen, di mana bumi sedang berada di ambang kemusnahan. Pemain mewakili pelbagai watak penting dalam masyarakat seperti saintis, pemimpin, pengurus sumber, dan individu berpengaruh, yang masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab unik dalam situasi krisis ini.

Sepanjang permainan, pemain perlu mengambil keputusan berdasarkan maklumat yang terhad dan situasi yang sentiasa berubah, menggunakan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, dan analisis risiko.

Perkara yang penting dalam RISE bukanlah untuk mencari pemenang tunggal, tetapi bagaimana setiap individu dan kumpulan dapat bekerjasama untuk menyelamatkan bumi daripada kehancuran. Setiap keputusan membawa kepada cabaran baru dan kesan jangka panjang, dan mereka yang gagal memahami situasi dengan baik boleh menyumbang kepada kehancuran planet.

Objektif utama permainan ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain belajar membuat keputusan berdasarkan situasi kompleks, membina empati, dan mengasah kemahiran kolaborasi.

Permainan ini menekankan proses pembelajaran berasaskan pengalaman, di mana kejayaan diukur berdasarkan kemampuan pemain untuk menyesuaikan diri dengan cabaran yang dihadapi dan bukan semata-mata untuk menang.

Membudayakan Inovasi Membentuk Generasi Masa Depan

Ditanya mengenai cara menggalakkan generasi muda meminati bidang inovasi, ada satu ayat yang menarik perhatian kami.

“Kita lebih kepada pengguna bukan pencipta”- Effendy Norazman

Menurut beliau jika dibandingkan dengan negara Barat, Malaysia amat jauh ketinggalan dari segi inovasi kerana masyarakat Malaysia lebih kepada masyarakat pengguna.

Jadi amat penting inisiatif dilaksanakan oleh kerajaan dan badan-badan berkepentingan bagi membudayakan inovasi. Stigma bahawa inovasi bersifat eksklusif untuk orang tertentu harus ditepis bagi melahirkan lebih banyak inovator tempatan.

Tambah beliau lagi, inovasi ini memerlukan idea. Ramai yang memiliki idea namun tidak ramai yang memiliki keberanian untuk melakukan inovasi.

Sehubungan dengan itu, Effendy telah bekerjasama dengan Malaysia Techlympics 2024 untuk mencipta 2 modul berkaitan pengalamannya dalam permainan papan, iaitu H Immersion dan kategori Rekabentuk Kreatif & Animasi – Reka Boardgame dalam Kuiz Know How Bersama Pakar Malaysia Techlympics 2024.

Dalam modul-modul ini, Effendy akan memperkenalkan asas dan tujuan kategori tersebut kepada para pelajar.

Malaysia Techlympics 2024 Jadi Platform STI: Pendekatan Baharu, Tarik Minat Pelajar

Untuk pengetahuan, tahun ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjalin kerjasama dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bagi penganjuran Malaysia Techlympics 2024 yang hadir dengan pendekatan lebih menarik dan BERBEZA daripada edisi sebelumnya.

Selalunya pelajar kurang berminat dengan pembelajaran yang bersifat teori semata-mata, tetapi sabar dulu! Malaysia Techlympics 2024 bukan sekadar mengaplikasikan teori.

Sebaliknya, ia memperkenalkan pembelajaran akademik gunaan dan modul pertandingan yang direka untuk memenuhi keperluan industri. Ini memberi pelajar peluang untuk belajar dengan cara yang lebih interaktif dan relevan kepada dunia sebenar.

Aktiviti Menarik yang Memacu Inovasi: Pelajar akan berpeluang menyertai pelbagai pertandingan yang direka untuk mencabar minda kritikal, meningkatkan kemahiran teknikal, dan melahirkan inovasi yang berprestasi tinggi. Setiap pertandingan direka untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan sambil mengasah kemahiran yang penting dalam industri moden.

Lebih menarik, fokus utama MOSTI dalam Malaysia Techlympics kali ini adalah untuk menekankan kepada STI (Sains, Teknologi & Inovasi). Sejajar dengan keperluan industri dan masa depan negara.

Kerjasama Bersama Pakar, Hasilkan Modul Pertandingan Unik

Apa yang membuatkan Malaysia Techlympics 2024 lebih menarik ialah kerjasama dengan pakar-pakar terkemuka dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) untuk menghasilkan modul pertandingan yang unik.

Modul yang digunakan kali ini dirangka khusus untuk memfokuskan keperluan industri, memberi pelajar pengalaman langsung dalam bidang yang akan membentuk masa depan mereka.

Pelajar akan bersaing dalam lebih 40 modul yang berkait rapat dengan lima fokus utama MOSTI, iaitu:

-Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen: Mempromosikan ekonomi hidrogen yang mampan dan inovatif.

-Kecerdasan Buatan (AI): Penggunaan dan pengembangan AI dalam pelbagai aplikasi.

-Bioteknologi (Teknologi Makanan dan Perubatan Tepat): Fokus kepada teknologi bioteknologi dalam industri makanan dan perubatan yang tepat.

-Startups: Menyokong dan menggalakkan pembangunan syarikat-syarikat teknologi baru.

-Teknologi Angkasa: Menggalakkan penglibatan dalam teknologi dan inovasi berkaitan angkasa lepas.

Modul-modul ini telah dihasilkan oleh pakar-pakar terkemuka seperti:

-TS. DR. Yasir Mohd Mustafah, Profesor Madya, UIAM

-DR. Kamarul Zzaman Bin Ahmad & Kumpulan, GOOLEE SDN. BHD.

-Encik Effendy Norzaman, jurulatih korporat dan pencipta permainan

-TS. Muhammad Shukri Bin Ahmad, Pensyarah Kanan, UTHM

Penglibatan pakar-pakar ini bukan sahaja menghasilkan modul pertandingan yang menarik, tetapi juga memastikan ia memenuhi keperluan pelajar masa kini.

Modul-modul ini direka khas untuk membantu pelajar menguasai kemahiran yang relevan dalam industri STI, menjadikan mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran masa depan.

Kuiz Know How Bersama Pakar Malaysia Techlympics 2024: Ujian Kepakaran Pelajar Dalam Bidang Teknologi Terkini

Tidak terhenti di situ, komponen “Know-How” turut ditambah dalam Malaysia Techlympics 2024 yang merupakan satu elemen penting untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam bidang teknologi.

Melalui komponen ini, pelajar akan diuji dalam kuiz yang meliputi 15 kategori utama, dengan setiap soalan dirangka oleh pakar subjek atau subject matter experts (SME).

Kuiz ini terbuka kepada orang ramai dan penyertaan adalah PERCUMA.

Peserta-peserta diperlukan untuk menjawab sebanyak mungkin soalan di kategori-kategori tersebut dan peserta dengan skor tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah seperti pencetak 3D berjenama, telefon pintar, tablet, dan banyak lagi semasa Peringkat Akhir Kebangsaan pada bulan November ini.

Layari https://www.mytechlympics.com/bm/know-how/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang kategori yang menarik ini dan tunjukkan kebolehan anda dalam kuiz!

Elemen “Meraikan” Semua Peserta

Selain daripada fokus utama terhadap teknologi, Malaysia Techlympics 2024 juga memberi penekanan kepada elemen “meraikan” semua peserta, bukan hanya menumpukan kepada pasukan yang berjaya.

Ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar menghargai usaha dan pembelajaran yang mereka peroleh sepanjang pertandingan, menjadikannya satu platform pembelajaran yang lebih inklusif dan holistik.

Persediaan untuk pertandingan ini juga melibatkan pakar-pakar dari pelbagai industri, yang menjadikan modul pertandingan lebih praktikal dan relevan.

Bagi yang berminat dengan permainan papan ciptaan Effendy anda boleh berkunjung ke FnD mindspot atau menyertai Kuiz Know How Bersama Pakar Malaysia Techlympics 2024 dan hadir ke kemuncak Malaysia Techlympics 2024 yang akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 17 dan 18 November nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Techlympics 2024 dan modul pertandingan, anda boleh melayari laman web rasmi: Malaysia Techlympics 2024 atau ikuti Facebook dan Instagram Malaysia Techlympics 2024.

(Kredit Gambar: Facebook Effendy Norazman)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...