“Member Dah Tunggu Kat Kantin”, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Pelajar Nakal Ponteng Kelas

Trending

“Member Dah Tunggu Kat Kantin”, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Pelajar Nakal Ponteng Kelas

Semua mesti ingat lagi kan memori nakal masa zaman sekolah dulu? Salah satu kenangan yang paling tak dapat nak lupa mestilah masa ramai-ramai ponteng kelas! Kalau ikut pada yang lejen atau ‘sifu’, ada macam-macam cara lah kalau nak ponteng kelas ni.

Salah satu caranya macam yang dikongsikan di dalam video ini. Dua pelajar ini sanggup merangkak luar kelas untuk lari dari kelas! Tapi kantoi pula bila ada yang merakamkan gelagat mereka ini dari luar sekolah.

Advertisement

pelajar sekolah
Dua orang pelajar ini sanggup merangkak jauh untuk ke kantin nak ‘join’ kawan-kawan yang dah selamat sampai di sana. Yang kelakarnya, gaya si perakam ini memberi komen sambil merakam video.

“Yang belakang tu cepatlah sikit, ya Allah terhegeh-hegehnya lah dia ni. Member dah tunggu tu nak lepak.”

Akhir sekali, kawannya pun dah tak sanggup nak tunggu lama lagi dan terus gerak ke kantin. Ramai rupanya kawan-kawan yang dah selamat ada di sana. Kawan yang tengah merangkak lagi tu pun bukan main lambat lagi nak sampai!

pelajar
Macam-macam ragam masa dekat sekolah dulu. Kalau teringat balik kenangan masa sekolah dulu, macam-macam benda pernah dibuat. Kalau anda nak tengok kejadian penuh, boleh tonton video di bawah.

Artikel berkaitan: “Sunway Lagoon UiTM”, Gelagat Pelajar Layan Banjir Di Kolej Bikin Netizen Terhibur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...