December 8th, 2014

Aih~~ Memang payah jadi selebriti lebih-lebih lagi kalau selebriti perempuan. Kesian juga Abang Nara terhadap Rozita Che Wan. Macam-macam sungguh orang mengata dia. Terbaru dilihat membeli belah di Johor Premium Outlet (JPO), Che Ta yang baru sebulan lebih melahirkan Aaisyah Dhia Rana dikatakan telah melanggar pantang. Pelik-pelik kan? Mesti pening kepala kalau jadi Che Ta. Semua benda yang dibuat jadi masalah negara.
che ta Setahu Abang Nara, orang Melayu je yang ada pantang-pantang sampai 100 hari tak boleh keluar rumah kena duduk terbaring je. Sebenarnya dunia sekarang dah moden dan sudah terbukti melalui kajian pun yang lepas bersalin kalau rasa diri sihat boleh je keluar. Tak perlu nak duduk rumah je. Kata Che Ta:-

Setakat ini saya tidak pernah pun memberi kenyataan berpantang untuk tidak keluar rumah. Sebaliknya hanya berpantang daripada segi penjagaan makanan dan dalaman badan. Jadi tak perlu nak persoalkan kenapa saya ke sana. Saya ‘pantang orang ajak’ adalah.. hahaha.

Sebenarnya, kalau nak diikutkan saya nak duduk dalam kereta sahaja. Tetapi memandangkan suami, anak-anak dan ibu keluar, maka saya pun ikut sekali. Tak mahulah duduk seorang diri dalam kereta.

Tetapi lain pula jadinya apabila orang mula bercakap tentang kami. Mula-mula kata suami saya sombong kerana tidak mahu ambil gambar. Lepas itu kata saya langgar pantang pula. Macam-macam..

che ta

Sabar jerlah Che Ta. Asalkan diri sendiri tahu yang masih tak melanggar pantang cukuplah. Kalau nak dengar cakap orang sampai ke hari 200 pun tak boleh keluar rumah. Lagipun ini bukan pertama kali Che Ta berpantang. Mesti Che Ta tau yang terbaik untuk dirinya. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.

P.S: Best Buy World Malaysia adalah ‘one stop centre’ untuk anda mendapatkan 100% barangan authentic seperti minyak wangi, beg tangan, pencuci muka, kosmetik dan banyak lagi. Kepopularitian Best Buy World telah dinikmati dan dirasai di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia. Antara jenama popular yang ada untuk anda ialah SK-II, Estee Lauder, Clinique, Christian Dior, Chanel dan Calvin Klein. Layari Facebook Best Buy World Malaysia, Instagram Best Buy dan juga laman web Best Buy Malaysia untuk melihat dengan mata anda sendiri.


Comments are closed.

Loading...