Membaca Dua Buah Buku Sehari Sejak Usia Dua Tahun, Kanak-Kanak Ini Muncul Ahli Termuda Persatuan IQ Tinggi Dunia

Kehidupan

Membaca Dua Buah Buku Sehari Sejak Usia Dua Tahun, Kanak-Kanak Ini Muncul Ahli Termuda Persatuan IQ Tinggi Dunia

Baru berusia 4 tahun namun Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim berjaya muncul sebagai ahli termuda di dalam Persatuan IQ Tinggi Dunia, Mensa. Untuk pengetahuan anda, Mensa adalah satu organisasi yang mengumpulkan mereka yang mempunyai IQ tertinggi dari serata dunia.

Berdasarkan ujian Stanford Binet yang diambilnya, Haryz berjaya mendapat keputusan IQ 142 dan melayakkan beliau mendapat keahlian persatuan ini. Menariknya seawal usia dua tahun, Haryz sudah mula membaca buku cerita sendiri setiap kali sebelum tidur.

Advertisement

Bakat luar biasa

skor IQ

Ibunya Nur Anira Asyikin Hashim mendedahkan anaknya sudah mula terdedah dengan buku sejak usianya mencecah dua tahun lagi. Mereka sekeluarga kini menetap di Durham, United Kingdom sejak 2015 kerana mengikuti suaminya yang menyambung pengajian di sana.

Kebijaksanaan anaknya mula dikesan apabila guru di sekolah memberitahu anaknya lebih laju membaca daripada kanak-kanak yang lain. Bermula daripada situ, pihak sekolah mencadangkan kepada mereka untuk Haryz dirujuk kepada pakar dan akhirnya membawa kepada tawaran kemasukan persatuan Mensa.

Baca dua buku sehari

Sejak diperkenalkan dengan bahan bacaan buku, Haryz menjadikan tabiat membaca buku seawal usia dua tahun. Bayangkan dalam masa satu hari, Haryz akan menghabiskan dua buah buku sebelum tidur.

Selain daripada membaca buku, Haryz juga gemar bercakap dan bertanya tentang nombor dan bercerita semula tentang buku yang dibacanya dengan lebih terperinci. Selepas menyedari bakat yang dimiliki anaknya, pasangan ini turut membuka akaun YouTube untuk anaknya, Little Haryz.

Di sebalik kepetahan anaknya itu, pasangan ini turut mendedahkan Bahasa Inggeris bukanlah bahasa pertama Haryz kerana mereka sekeluarga berkomunikasi dalam Bahasa Melayu di rumah.

Di sini kami sertakan salah satu video yang dimuatnaik di akaun YouTube Little Haryz yang sudah mencapai hampir lima ribu tontonan. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...