Memasuki Trimester Ketiga, Syukri Yahaya Sah Bakal Timang Anak Lelaki

Hiburan

Memasuki Trimester Ketiga, Syukri Yahaya Sah Bakal Timang Anak Lelaki

 syukri yahaya dan isteri

Memasuki usia 32 tahun pada Jun ini, aktor popular tanah air, Shukri Yahaya atau nama sebenarnya Mohd Shukri bin Yahaya gembira apabila beliau dan isterinya Tya Adnan disahkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Advertisement

Momen manis itu dimuat naik di instagram TV milik isterinya tempoh hari dan kini difahamkan telah menerima lebih 100,000 jumlah tontonan.

Syukri kelihatan amat teruja apabila menerima kejutan daripada orang rumahnya. Beliau yang masih terpinga-pinga seakan terkejut apabila diminta untuk membuka bungkusan di hadapannya bagi mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan kelak.

Tidak dapat menahan sebak, Syukri sekali lagi melafazkan rasa syukur apabila mengetahui bahawa mereka bakal menimang cahaya mata lelaki pertama selepas hampir lima tahun melangsungkan perkahwinan.

Sementara itu, isterinya juga berkongsi berkenaan kandungannya yang kini telah memasuki fasa trimester ketiga selepas memaklumkan kepada umum bahawa dirinya telah hamil semasa menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada November lalu.

Selain disapa komen murni daripada peminat tegarnya, kejutan itu juga turut disaksikan oleh ahli keluarga mereka.

Pelakon drama bersiri Suami Tanpa Cinta ini melangsungkan perkahwinannya bersama Siti Nurfatihah pada 20 November 2015 dan telah menimang puteri sulung mereka, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016 yang kini menjengah usia empat tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...