July 1st, 2016

Sejak mengakui beliau sedang bercinta dengan Shahir AF8, peminat Erra Fazira ingin sekali tahu perkembangan terkini hubungan mereka berdua.

Adakah mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat ataupun bakal mengikat tali pertunangan seperti yang digembar-gemburkan.

Namun, Erra sekali lagi menegaskan mereka masih belum mempunyai sebarang rencana untuk ke fasa seterusnya.

Memang tiada perkembangan lanjut seperti diperkatakan. Apatah lagi kemungkinan itu dan ini. Selagi ia tidak membabitkan orang tua kami, maka apa saja termasuk perbincangan ke arah itu boleh dikategorikan sebagai angan-angan.

Berbicara mengenai hubungan beliau dan Shahir, Erra menganggap mereka saling melengkapi kekurangan ataupun kekosongan dalam kehidupan masing-masing.

Percintaan mereka bukanlah satu perkara yang berlaku dalam masa yang singkat tetapi mempunyai tahap-tahap tersendiri.

Kami bukannya rapat dalam masa sebulan atau dua. Ia berkembang sedikit demi sedikit, bermula dengan mengenal hati budi masing-masing dan seterusnya mencari keserasian.

Begitupun, menjadi lumrah apabila tiada sesuatu yang pun yang bergerak lancar dalam perhubungan. Rintangan pastinya ada kerana ia juga sebahagian daripada proses menyesuaikan diri.

Biarlah perlahan-lahan dalam bercinta sehingga kita betul-betul kenal hati budi  serta perangai masing-masing. Lepas itu, barulah fikir untuk melangkah ke fasa yang lebih serius. Tentu Erra tidak mahu lagi gagal lagi bukan selepas ini?

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...