Baru-baru ini, usahawan sensasi iaitu Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli muncul di dalam satu rancangan di stesen TV popular bagi mengulas isu-isu panas yang bernama Viral Isu Panas (VIP).
Dapat dilihat dalam video tersebut, Kak KM mempromosikan rancangan tersebut sambil melakukan gaya yang luar daripada jangkaan ramai.
Walaupun sekadar mempromosikan rancangan, dapat dilihat di platform Threads, sesetengah netizen berasa kurang senang melihat usahawan tersebut berkelakuan sedemikian.
View this post on Instagram
Netizen merasakan kelakuan merangkak sambil mempromosikan rancangan sangat tidak profesional serta beranggapan terlalu keterlaluan.
Bukan itu saja, malah netizen merasakan aksi yang dilakukan oleh Kak KM kelihatan lucah untuk dijadikan sebagai cara mempromosikan program.
Rata-rata netizen yang melihat luahan individu tersebut bersetuju dengan pendapatnya dan merasakan ramai lagi usahawan lain yang lebih sesuai untuk dijemput berbanding Kak KM.