Sebelum ini, suami kepada pelakon jelita Fatin Afeefa iaitu Aliff teruk dikecam warganet setelah memuat naik video menghina pemilik kereta Honda dan AMG (Mercedez) yang dianggap bukan supercar.
Terbaru, video yang dimuat naik oleh Fatin di laman TikTok seakan-akan memerli Aliff atau mesra di panggil Opai mengenai isu yang sedang tular itu.
Pada saya memang tak patut. Kena fikir anak bini.. kesian siapa bini dia.
@fatinafeefa8 Honda pekak, AMG, mustang semua najis dia cakap. Kita pun di najiskan nya. Takpe, geng honda send me a selfie with your Honda, fa nak belanja 100 box #leanbyfa ? original sound – ???????????????
Bahkan di ruangan kapysen, ibu kepada dua orang cahaya mata ini meminta suaminya untuk tidak terlalu mendongak ke langit.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan Fatin Afeefa yang ‘menganjing’ suami sendiri secara terbuka di media sosial.
Sekadar info, susulan teruk dihentam netizen, Opai telah pun memohon maaf secara umum menerusi akaun TikToknya.