Memang Susah Sebenarnya Hidup Bermadu- Ashraf Muslim

Hiburan

Memang Susah Sebenarnya Hidup Bermadu- Ashraf Muslim

Tanggungjawab seorang suami sememangnya amat besar. Kalau ada lebih daripada seorang isteri, maka makin besar dan makin beratlah tanggungjawab yang harus dipikul. Paling penting kena berlaku adil. Tak boleh lebihkan isteri muda. Kena layan sama rata. Walaupun secara pandangan kasar Abang Nara melihat Ashraf Muslim bahagia di samping isteri-isterinya, namun suami kepada Dayana dan Wan Sakinah ini mengakui kehidupan bermadu itu adalah susah.

ashraf muslim

Advertisement

Kalau ada di antara ada yang berniat nak pasang satu lagi, mungkin boleh baca kata-kata Ashraf Muslim ini terlebih dahulu. Jangan fikir seronok je. Tanggungjawab mendidik sebagai ketua keluarga itu lebih penting dan harus diutamakan. Kata Ashraf Muslim:-

Kehidupan rumah tangga saya okey. Memang susah sebenarnya hidup bermadu ini. Sebagai ketua keluarga, saya kena didik dan jaga keharmonian, sekali gus mendidik isteri serta anak ke arah yang diredai. Pada masa sama, kami cuba membentuk akhlak yang baik.

Nikmat bahagia itu Insya-Allah akan terus dirasai. Kena bijak biarpun bukan senang nak berlaku adil. Nak berlaku adil dari segi masa bukan perkara semudah lafaz A,B,C … kena bertoleransi. Ada masa untuk isteri pertama dan kedua, masa dengan diri sendiri lagi.

Apa yang penting, kami saling hormat dan tahu tanggung jawab masing-masing. Saya sendiri punya visi yang besar dalam kehidupan ini termasuk dalam aspek rumah tangga. Insya-Allah

ashraf muslim

Secara jujur, tak pernah terlintas di hati Abang Nara nak tambah satu lagi isteri. Kalau sekadar gurau-gurau tue adalah. Sekarang pun dah cukup bahagia bersama isteri tercinta dan anak-anak. Tanggungjawab nak jaga isteri dan besarkan anak sekarang pun kadangkala rasa tak mampu nak buat. Respek juga kepada mereka yang mempunyai lebih dari seorang isteri dan mampu berlaku adil. Apa kata anda? Sumber Berita Harian.

P.S: Sarapan pagi yang amat kreatif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...