Model dan bekas juara Dewi Remaja 2019, Haneesya Hanee tidak melepaskan peluang untuk menyertai uji bakat majalah antarabangsa iaitu Vouge bagi menjadi sebahagian daripada model mereka.
Menerusi hantaran di TikTok, Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan telah memuat naik video casting memaparkan dirinya melakukan catwalk.
Difahamkan, pihak majalah Vogue yang berpangkalan di New York City telah membuka penyertaan tersebut secara terbuka.
Keajaiban akan berlaku. Jadi, saya akan mencuba nasib saya!
@haneesyahanee_ Well been trying to submit my application for #vougeopencasting since yesterday but i don’t know why it keept saying error. They say the sky is the limit n miracles do happen. So im still going to try my luck! Here is my casting video for @voguemagazine #vogueopencasting
Meninjau di ruangan komen, model berusia 23 tahun itu mendapat sokongan daripada orang ramai yang mengatakan dia sememangnya layak untuk menjadi model antarabangsa.
Bukan itu sahaja, peminat turut memberi kata-kata semangat kepada Haneesya untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh majalah Vouge tersebut.
Namun, ada juga segelintir netizen yang meminta Haneesya untuk menurunkan berat badannya.
Kalaulah senang, sekarang juga saya nak kurus!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.