Memang Sikap Saya Gila-Gila Tapi Bukan Mahu Publisiti Murahan – Sharifah Sakinah

Hiburan

Memang Sikap Saya Gila-Gila Tapi Bukan Mahu Publisiti Murahan – Sharifah Sakinah

Sebut sahaja nama Sharifah Sakinah tentu ada yang mengaitkan beliau dengan sikap gila-gilanya itu. Dari dahulu, Sakinah memang “masuk air” dan tidak kisah dengan komen negatif daripada mereka yang kurang senang  dengan sikapnya itu dan melabelkan beliau sebagai selebriti yang tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

Advertisement

Lebih-lebih lagi apabila Sakinah memuat naik foto-foto beliau di Instagram, pasti ada juga pihak yang cuba mencari kesalahannya.

Walaubagaimanapun, Sakinah memberitahu beliau masih tahu menjaga batas serta maruah keluarganya dan enggan mencari publisiti murahan.

Di sebalik sikap gila-gila itu, saya masih menjaga maruah keluarga. Tidak pernah terlintas untuk mencari publisiti murahan dengan paparan yang dimuat naik di Instagram. Semua itu adalah aktiviti seharian yang ingin saya kongsi bersama peminat.

Buat Sakinah, beliau tidak mahu terlalu pusing memikirkan kontroversi berkaitan dirinya dan terpulang kepada masyarakat untuk menilai dirinya. Terus terang,  beliau sudah lali dengan semua tanggapan negatif.

Sebelum terbabit dalam lakonan, sudah ramai yang bercakap mengenai saya. Apabila memasuki industri hiburan, saya sudah lali dengan pelbagai tanggapan negatif.

Terserah kepada umum untuk menilai. Bagi saya, berdiam diri adalah jalan terbaik dan setiap kontroversi yang datang akan berlaku begitu sahaja.

Lebih banyak kita memikirkan komen negatif yang dilemparkan terhadap diri kita, memang boleh tertekan dibuatnya. Kadang-kadang susah hendak memuaskan hati orang lain dan berdiam diri adalah jalan terbaik. Apa yang penting,  diri sendiri dan keluarga tahu sikap kita sebenarnya.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...