Kebanyakan kita pasti tidak tahu bagaimana keadaan dan suasana di dalam penjara. Kalau tonton daripada video atau mungkin drama tidak cukup menggambarkan suasana sebenar di sana.
Untuk yang mencari kelainan dalam tempat-tempat menarik untuk dilawati, @nietzrid berkongsikan di laman Twitter pengalaman melawat muzium penjara di Bandar Hilir.
Bukan sahaja anda dapat melihat sendiri peralatan yang digunakan di dalam penjara tapi juga dapat merasai sendiri pengalaman duduk di dalam sel penjara. Memang akan meremang bulu roma!
Another seram shit. Bayangkan lah banduan yg buat benda ni dkt dinding cell diorg. Ada banyak lagi dekat muzium tu, sempat amik dua ni je. Kalau masuk dalam cell dkt muzium tu pun bole tengok hasil contengan dan luahan hati. Kalendar dkt dinding pun ada. pic.twitter.com/e3BwT0usLP
— ??? ?? (@nietzrid) August 31, 2019
Ada jugak section sebatan. Kalau pergi boleh rasa pegang sendiri rotan yg dia pakai. Dekat sana ada patung yg kau boleh sebab bontot dia. Kuat beb rotan ni. Bukan main main punya. Mmg padu, keras dan besar rotan ni. Aku yg sebat bontot patung dekat sana, aku yg rasa sakitnya. pic.twitter.com/ixwQmNzsSc
— ??? ?? (@nietzrid) August 31, 2019
Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya tempat hukuman gantung, sel bilik banduan akhir, hasil kraf tangan, sejarah penjara, pakaian penjara, tempat banduan mandi, dan klinik.
“Yang bilik gantung tu ada dua tingkat rupanya eh. Atas untuk gantung dan bawah ada tempat mandikan terus dengan keranda siap-siap.”
Beliau juga kongsikan selama sejam berada di sana memang rasa serba tidak kena. Bukan saja sunyi tapi suasananya juga menyeramkan.
Selain itu, ramai yang turut berkongsikan pengalaman mereka ketika berada di muzium penjara. Ada yang berkongsi pihak muzium ada menganjurkan Program Pocket Show, ‘Cerita Disebalik Tirai Besi’ iaitu simulasi kehidupan harian di dalam penjara.
kalau pergi lawatan atau ada orang guide x silap dia akn kasi kau ddk dlm 5 minit ke brapa tah dkt cell /bilik terakhir lbih kurng la. adik aku cerita even masuk dua org dua org pun dh seram wey. dia cerita psl suasana dlm penjara tu. dorg mkn n kongsi tmpt buang air sekali kot
— ? (@itsmetyrax) September 1, 2019
When i was there…polis yg guide kitaorg ckp bila seseorang dikenakan gantung sampai mati…penjara tu akan sunyi like 1 week sbb bila platform dijatuhkan boleh dgr satu penjara tu..scary x scary..time pergi mmg sunyi AF tapi great experiencela
— ????? (@izzulirsyad1114) September 2, 2019
Some of the banduan wrote humbling stories/poems and there were paintings that was painted by them. Some of the paintings are beautiful. pic.twitter.com/XdGnT4dY4D
— afifah (@affhrstm) September 2, 2019
Bagus juga sekali sekala pergi tempat macam ni. Boleh datangkan keinsafan dan ajar kita untuk sentiasa bersyukur dengan kehidupan.
Sumber: Twitter