Pelakon, Linda Hashim dilihat begitu tenang ketika menuju ke kamar perbicaraan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan kes penceraian bersama suami, Beego.
Menurut OhBulan!, Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim berkata dia nekad untuk meneruskan penceraian kerana tiada lagi persefahaman.
Saya harap segala urusan dipermudahkan, saya nekad mahu bercerai. Memang semua orang yang berkahwin mahu selamatkan perkahwinan, namun saya tetap mahu teruskan.
Walau bagaimanapun, Beego berharap kes rumah tangganya bakal menemui jalan penyelesaian.
Kami akan cuba bincang, kalau tanya saya mengenai permintaan dia, saya tidak akan lafaz cerai hari ini.
Kita mungkin akan bawa ke satu hari yang lain dulu dan saya akan cuba selamatkan rumah tangga ini. Tapi kita tengok pihak dia bagaimana, saya harap yang baik-baik untuk saya.
Beego turut berkata dia mahu membuat rundingan terakhir dengan isterinya sebelum membuat sebarang keputusan.
Buat masa sekarang mungkin niat dia nak saya melepaskan dia, bagi saya pulak sekurangnya ada satu rundingan terakhir sebelum kita selesaikan apa-apa pun.
Kita nak tahu kenapa dan sebagainya. Kalau boleh diselamatkan, kita selamatkan. Tolong doakan yang baik-baik untuk saya. Saya pun sudah lama tak jumpa dia.
Sebelum ini, Linda memaklumkan dia nekad dengan keputusan untuk bercerai memandangkan sudah banyak peluang yang telah diberikan kepada Beego namun telah disia-siakan.