Baru-baru ini, viral di aplikasi Twitter mengenai sebuah hantaran oleh seorang wanita yang meluahkan rasa lelah dan membuat pendedahan mengenai teman lelakinya telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran tersebut, wanita itu berasa dilemma sama ada perlu terus setia dan bersuamikan teman lelaki ataupun mementingkan kesejahteraan diri sendiri dengan mengundur diri.
Difahamkan, dia bersyukur mempunyai pasangan yang baik dan penyayang namun teman lelakinya itu menghidap Bipolar Disorder Type 2 selama hampir 5 tahun.
Walau macam mana penyayang pun dia, bila bipolar sama ada manic atau depressive episode dia datang, memang serabut dan tertekan.
Belum cakap lagi tentang attempted suicide or self-harm bila bergaduh besar atau minta break.
Menurut wanita itu, dia tertekan apabila merasakan dirinya seperti dipertanggungjawabkan untuk menjaga kekasihnya oleh kerana ahli keluarga dan rakan-rakan lelaki berkenaan tidak ‘membantu’.
Dia sangat bergantung kepada saya, kalau gaduh dia tak nak makan, tak nak tidur. Setiap hari nak kena call walau macam mana penat pun saya.
Jelasnya lagi, dia merasakan seperti sudah terjerat dan terlambat untuk berundur diri kerana hanya mengetahui tentang penyakit kekasihnya selepas mereka menjalinkan hubungan istimewa dan tidak mahu pasangannya ‘merana’ sehingga sanggup membahayakan diri sendiri.
Saya pernah baca few cases yang partner dia attempt suicide sebab tak boleh go dengan penyakit partner dia tu. Saya tak nak rasa bersalah seperti tu.
Dalam pada itu, wanita itu tidak pasti sekiranya dia mampu untuk terus kuat untuk menghadap situasi tersebut sepanjang hidup sekiranya mengambil keputusan untuk bersuamikan kekasihnya.
Kalau sayang, memang saya sayang dia tapi saya tak tahulah saya kuat atau tak untuk hadap setiap hari-hari. Risau mental saya pula tak stabil.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.