“Memang Saya Tak Sangka” – Juliana Evans Antara Individu Paling Berjaya Di Malaysia 2021

Hiburan

“Memang Saya Tak Sangka” – Juliana Evans Antara Individu Paling Berjaya Di Malaysia 2021

Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans telah tersenarai sebagai antara individu paling berjaya di Malaysia bagi tahun 2021 menurut sebuah ensiklopedia biografi terbitan BritishPedia tahun lalu.

Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans berkata, pengiktirafan itu adalah hadiah yang paling bermakna buat dirinya sebagai pembuka tirai 2022.

Advertisement

Menurut Jualiana, 33, dia turut terkejut apabila dirinya tersenarai dalam kelompok individu paling berjaya sebaris dengan nama-nama besar lain seperti  Syed Saddiq dalam ensiklopedia berkenaan.

Alhamdulillah memang saya tidak menyangka tentang pengiktirafan sebesar ini.

Bekas pengacara program Remaja itu, menganggap perkara ini sebagai satu bentuk penghargaan terhadap pencapaian kehidupan termasuk kerjaya dan bisnes yang diusahakan selama ini.

Hilang kata-kata tapi semangat saya untuk menyebarkan aura positif dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk terus berjaya semakin berkobar-kobar.

Difahamkan, buku tersebut sama seperti kamus tetapi menyenaraikan wajah-wajah individu berjaya dan disertakan dengan biodata, kerjaya dan pencapaian hidup.

Dalam pada itu, Juliana turut menasihatkan agar usah peduli dengan kata-kata negatif masyarakat sehingga boleh menjatuhkan semangat untuk terus berjaya.

4 years ago

"Bangga Dapat Wakili Negeri Sendiri.." Juliana Evans Jadi Duta Pelancongan Negeri Selangor Darul Ehsan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...