February 2nd, 2012

Akhirnya tuan punya badan bersuara untuk mengesahkan berita pernikahannya dengan Joey. Selama ini merahsiakan atas sebab-sebab tertentu, menerusi Harian Metro hari ini, Watie berkongsi berita gembira tersebut dengan peminat-peminatnya. Watie dan Joey telah pun bernikah selepas Aidilfitri tahun lepas.

watie elite nikah

Kata Watie:-

Bukannya ingin berahsia atau menyembunyikan saat bahagia itu tetapi semuanya adalah permintaan Joey dan keluarganya. Saya harus menghormati dan melihat ikatan yang ada dari satu perspektif yang positif. Apa yang penting, perkara wajib sudahpun kami lakukan. Soal yang lain, biarlah kami fikirkan bersama untuk menyelesaikannya. Joey melamar saya secara mengejut di depan keluarganya. Saya sendiri tidak mengetahui mengenai majlis itu. Semuanya dirancang Joey dan adik-beradiknya. Kelakarnya, persediaan pun kelam-kabut dan saya hanya sempat untuk menempah nasi beriani di restoran berdekatan rumah saja bagi menjamu tetamu.

Jikalau anda kecewa kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka, jangan risau kerana menurut kata Watie, mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada tahun ini:-

Apa yang boleh saya katakan, kami sudah selamat dinikahkan. Insya-Allah jika diberi rezeki dan peluang, kami berdua pasti akan melangsungkan majlis resepsi pada tahun ini juga kerana Joey ingin sekali meraikan sahabat-handai dan peminat yang tidak henti menyokong. Tarikh dan lokasi masih belum kami tetapkan namun apa yang pasti, kami akan mengadakannya secepat mungkin.

Watie Elite juga bercadang untuk menimang cahaya mata dengan suami barunya ini secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Watie dan Joey. Perkara yang lepas tak perlulah dikenang. Biarlah ia disimpan dalam-dalam. Sekali lagi, semoga Watie, suami dan keluarga berbahagia sehingga ke akhir hayat.


47 responses to “Memang Saya Sudah Nikah- Watie Elite”

  1. […] dalam-dalam. Sekali lagi, semoga Watie, suami dan keluarga berbahagia sehingga ke akhir hayat. – sumber Über den Author: sufaiManaging Director & CEO di Sufai.com __spr_config = { pid: […]

  2. Ustazah says:

    Hmmm… Sebagai saudara seagama saya hanya mampu doakan yg terbaik buat Wati dan suami.. Semoga prangai pun berubah la ke arah kebaikan, anak yg Angelina umur brapa belas tahun tu pun kan ada baiknya amik bela balik.. Kesian budak tu ditinggalkan dr kecik, ingat Wati what goes around comes around.. Awak nk anak baru tp tanggungjawab kat anak awak yg dok ada lg tu ditunaikan ke belum? Xkira la bila awk mengandung anak tu n apa status dia, itu antara awk dgn Allah.. Dah kawin tu, sama2 ajak suami berubah, igt arwah anak lelaki awk hasil perkahwinan dgn ex menteri besar sebuah negeri tu.. Owh apa2 bentuk tambahan pada badan awk tu, buang la ye, berdosa besar tau..

    Apa2 pun saya harap semua peminat Wati mendoakan yg terbaik buat dia..

  3. Jeng jeng jeng says:

    Congratzz! Semoga kekal ke akhir hayat.

Loading...