March 20th, 2017

Gara-gara berpegangan tangan dengan pelakon Shah Iskandar yang umum mengetahui sudah berkahwin, pelakon Uqasha Senrose sekali lagi dihimpit kontroversi dan menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Enggan isu ini terus berpanjangan, Uqasha yang mengakui  ada memegang tangan Shah menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon lelaki itu.

Saya terkejut juga bila ramai yang melenting marah dengan saya kerana isu pegang tangan itu. Saya akui memang ada pegang tangan dia, tetapi bukannya dalam keadaan terlalu mesra atau seperti pasangan kekasih. Ia berlaku cuma sekejap sahaja pun.

Sejujurnya saya dengan Shah sudah lama berkawan baik dan hubungan kami sudah umpama adik-beradik. Kebetulan pula kami selalu digandingkan bersama ketika berlakon dan kemesraan itu sekadar kawan sahaja. Jadi saya rasa kelakar juga bila ada yang cuba menjadikan ia isu. Mungkin mereka tak tahu saya ini macam mana dengan Shah.

Pada masa yang sama, Uqasha memohon maaf sekiranya perlakuannya itu menimbulkan salah faham ataupun menyinggung mana-mana pihak. Uqasha berharap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang akan terus memanjangkan isu terbabit.

Sumber Berita : Utusan Malaysia


Comments are closed.

Loading...