Perkongsian pelakon Emma Maembong yang memuat naik foto sedang menikmati pizza baru-baru ini mendapat perhatian netizen.
Emma memaut lokasi di Sungai Buloh, Selangor tetapi rata-rata netizen mendakwa foto yang dimuat naik menunjukkan lokasi berbeza iaitu di sebuah kelab malam popular. Pelbagai persoalan timbul dan ramai yang bertanya kenapa Emma perlu menipu.
Tidak mahu spekulasi liar terus tercetus, Emma mengakui pergi ke kelab malam itu hanya untuk makan pizza.
Memang saya ke sana tetapi kongsi kedudukan sekarang (sewaktu foto itu dimuat naik di Sungai Buloh). Saya pergi la, pizza sana sedap, why (kenapa).
Mungkin warganet ingin menasihati Emma untuk pilih kedai makan yang tidak menjual makanan atau minuman yang dilarang dalam Islam. Iyalah, bila ke kelab malam ini orang akan mudah salah faham. Apa-apa pun, kita fikir positif, Emma hanya menikmati pizza sahaja.