Ramai yang melahirkan rasa kagum melihat kejelitaan wajah Rozita Che Wan walaupun baru sahaja melahirkan anak. Mana tidaknya, Che Ta kelihatan amat berseri-seri dengan senyuman manis di dalam salah sebuah gambar yang telah Abang Nara kongsikan. Rupa-rupanya Che Ta telah sempat bersolek dan bersiap sebelum melahirkan puteri sulung kesayangannya.
Kalau tak silap wife Abang Nara masa nak bersalin hari itu pun sempat juga ‘touch up’ mukanya. Hehehe. Orang perempuan dan alat solek memang tak boleh dipisahkan. Rasanya ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang turut melakukan perkara yang sama. Kata Che Ta:-
Memang saya bersolek dan bersiap. Bukan sebab nak masuk TV, tapi ketika melahirkan dua anak sebelum ini pun saya buat perkara sama. Malah, kalau ke mana-mana sekali pun, saya pasti akan bersiap.
Saya memang nak bersalin normal. Malah doktor sendiri pun sarankan perkara sama sebab dua anak saya sebelum ini pun dilahirkan secara normal. Jadi tidak ada masalah untuk lakukan itu.
Lahir sahaja anak dan ketika melihat wajahnya, saya rasa bersyukur dan gembira. Impian untuk memiliki anak perempuan dimakbulkan
Yang penting, ibu dan anak kedua-duanya selamat dan berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Abang Nara suka dengan sikap Che Ta yang sentiasa mementingkan penampilan walau dalam apa jua keadaan. Memang sangat sesuai dengan statusnya sebagai seorang selebriti. Semoga Che Ta dan si puteri dapat keluar dari hospital dengan segera. Sama-samalah kita doakan. Sumber MediaHiburan.